Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Bantahan terhadap konsert Lady Gaga

Di Jakarta, Konsert Lady Gaga dijadualkan diadakan pada 3 Jun depan. Bagaimanapun, polis masih belum memutuskan sama ada 40,000 orang pemegang tiket akan dibenarkan menonton konsert tersebut.

"Permit konsert itu dikeluarkan Polis Nasional Indonesia," kata jurucakap polis Jakarta, Rikwanto.

Bagaimanapun, pihak polis bandar raya Jakarta tidak mengesyorkan konsert tersebut diadakan. "Kami masih membincangkan (tentang pengeluaran permit konsert itu)," kata jurucakap Polis Nasional Indonesia, Rafli Amar kepada portal berita Beritasatu.com.

Menurutnya, konsert itu akan diadakan pada bulan depan menyebabkan pihaknya masih belum membuat sebarang keputusan sama ada akan mengeluarkan permit.

Fron Pembela Islam mendesak polis membatalkan konsert itu bagi mengelak konflik antara kumpulan Islam dengan para peminat Lady Gaga. "Kami meminta Polis Nasional Indonesia untuk menimbangkan tentangan orang awam terhadap konsert Lady Gaga," kata pengerusi lembaga pasukan itu, M. Mahendradatta.

Menurutnya, penyanyi itu mempromosi pemujaan ke atas syaitan dan akan menjejaskan moral golongan muda.

Leave a Reply