Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Adi Putra Buat Keputusan Batal Cerai Isteri

Adi Putra telah buat keputusan batal ceraikan isterinya. Pelakon Adi Putra yang mengatakan mahu menyelesaikan kes rumah tangga dengan isterinya Aida Yusof di Mahkamah Syariah menggambil keputusan menarik balik kes berkenaan.

Difahamkan Adi yang memfailkan penceraian pada 14 Mei lalu menarik balik kes tersebut kira-kira pukul 8 pagi, Isnin. Wartawan yang berkumpul di mahkamah berkenaan bagaimanapun gagal bertemu dengan pelakon itu.

“Saya baru pulang daripada menguruskan kes ini. Esok (malam Selasa), saya akan menjelaskan mengenai perkembangan terbaru kes ini,” katanya.

Adi dilaporkan baru sahaja pulang dari Tanah Suci, Mekah pada 8 Mei lalu dan turut berdoa untuk kesejahteraan rumah tangganya tetapi mendapat gambaran seolah-olah perkahwinannya itu tidak dapat diselamatkan lagi. Adi Putra dan Aida berkahwin pada 14 April 2006 dan tidak dikurniakan cahaya mata apabila wanita berkenaan sering kali mengalami keguguran.

1 comments:

  1. Moga rumahtangga Adi Putra dan isteri kekal sehingga ke syurga... tak suka mereka bercerai...

    ReplyDelete