Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Farid Kamil Sudah Merisik Diana Danielle?

Diana Danielle, aktres muda yang kini sedang hangat bercinta dengan kekasihnya, Farid Kamil dikatakan telah dirisik. Sejauh mana kesahihan cerita itu, apa kata anda teruskan membaca.

Awal bulan lepas, pelakon filem Jiwa Taiko ini dikatakan telah lari dari rumah berikutan pertelingkahan yang berlaku antara beliau dan ibunya, Norsiah Ramli. Krisis itu tercetus apabila ibu kepada Diana tidak membenarkan atau lebih tepat lagi tidak merestui hubungan cinta antara Farid Kamil dan Diana Danielle. Benarkah? Mengapa selepas sekian lama tiba-tiba timbul isu ibunya tidak merestui hubungan mereka? Sumber : meow.my
Continue Reading ...

Koleksi Kereta Sultan Johor

Berikut adalah gambar koleksi kereta Sultan Johor. Tuanku juga merupakan peminat dan pengumpul kenderaan-kenderaan antik dan berkuasa tinggi serta mewah. Bagi pengetahuan umum Sultan Johor memberi kenderaan-kenderaan tersebut menggunakan duit Tuanku sendiri. Berikut merupakan koleksi kereta Tuanku.













Continue Reading ...

Azwan Ali Terima Ancaman Bunuh

Ancaman bunuh atau apa-apa yang bakal menganggu ketenteraman hidup kita daripada anasir luar adalah amat serius dan patut diambil tindakan. Kadang-kadang penyalahan ancaman ini sudah pon digunapakai dalam laman sosial mahupun SMS. Yang pasti pelaku kepada kejahatan tidak bermoral ini patut ditangkap dan disumbat dalam kandang kambing. Hehe. Mari kita lihat detik-detik mainan ini yang berlaku kepada pengacara, Azwan Ali dalam laman sosial Twitter miliknya, sehinggakan pelaku menutup akaun miliknya, takut dengan ancaman yang dibuat sendiri. Sumber : izyan.com
Continue Reading ...

Jata Negara Di Istana Negara Lama Dicuri

Sebanyak 11 lambang termasuk Jata Negara pada dinding pagar Istana Negara di Jalan Istana di sini dilaporkan hilang dipercayai dicuri penjenayah.

Kehilangan Jata Negara tersebut disedari semalam sebelum satu laporan polis dibuat oleh anggota polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields di sini pada sebelah petang.

Siasatan mendapati suspek melarikan Jata tersebut dengan mengumpil lambang negara itu dari dinding pagar.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah mengesahkan kehilangan itu.

Jata Negara ialah lambang rasmi negara hasil gabungan pecahan bintang 14 yang menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia dan kerajaan Persekutuan, manakala bintang bersama-sama anak bulan memperlihatkan simbol agama Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Lima bilah keris pula menandakan negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu.

Harimau sebagai penumpang Jata negeri- negeri Melayu Bersekutu itu digunakan dalam Lambang Malaysia manakala warna kuning ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.
Continue Reading ...

Gambar Bayi Lelaki Tomok

Berikut adalah gambar anak lelaki Tomok yang baru lahir. Tahniah kepada tomok yang kini bergelar seorang ayah apabila Ayu melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak pada 29 Mei 2012. Menurut Tomok,bayi sulungnya itu selamat dilahirkan secara normal tanpa sebarang komplikasi dan seberat 3.33kg.
Continue Reading ...

Chef Aaron Aziz Dalam Majalah Aroma

Ini kalau Aaron Aziz masuk Masterchef Selebriti dengan lengkap berpakaian sebegini, admin berani jamin confirm terus jadi juara sekiranya keputusan ditentukan menggunakan undian SMS. Pasti ramai makcik-makcik, awek-awek dan gadis-gadis yang cair dibuatnya. Tak gitu?

Sekali pandang memang nampak ada gaya dan bakat juga Aaron Aziz di dapur. Mungkinkah selepas ini Aaron Aziz ingin menceburi bidang masakan pulak? Siapa tahu kan? Jangan lupa dapatkan majalah Aroma di pasaran hari ini jugak untuk lebih banyak info terkini.
Continue Reading ...

Isteri Tomok Selamat Lahirkan Bayi Lelaki

Isteri Tomok telah selamat melahirkan bayi lelaki. Tomok mengumumkan perkara tersebut melalui Twitter rasmi beliau. Tomok juga memaklumkan isterinya, Ayu selamat melahirkan bayi lelaki sekitar jam 6.03 petang tadi.

Tomok dan Ayu berkahwin pada 1 Julai 2011 yang lalu & ini merupakan anak sulung mereka. Tahniah kepada tomok dan isteri, Gambar anak lelaki Tomok akan diupdate kemudian nanti.
Continue Reading ...

Gambar Majlis Aqikah Cahaya Malaika Anak Mawi dan Ekin

Ahad bersamaan 28 Mei 2012 merupakan majlis aqikah untuk anak Mawi dan Ekin, Cahaya Malaika yang genap 3 bulan.

Cahaya Malaika, yang lahir pada 28 Febuary 2012 lalu, diberi nama oleh Mawi dan Ekin membawa maksud bermaksud “Cahaya Permaisuriku”

” Majlis ini diadakan untuk tujuan akikah Cahaya memandangkan majlis cukur jambul, berzanji dan marhaban dibuat terlebih dulu sempena perkahwinan adik saya di Kulai, Johor, sebelum ini,” ujar Mawi ketika di kediamannya di Bangi Golf Resort, Bandar Baru Bangi, Selangor.

Mawi turut mengakui perjalan seninya sekarang agak berbeza berbanding semasa keluar dari AF dahulu. Bayaran juga agak berkurangan, namun beliau tetap optimis dengan kerjayanya ini. Beliau turut menyangkal tuduhan yang beliau sudah jatuh muflis, malah beliau mengatakan yang beliau masih mampu menyara keluarganya dengan kehidupannya sekarang.

Dalam pada itu, Mawi juga dijadualkan keluar bersama single terbaharu berjudul Termolek ciptaan Datuk M.Nasir dan lirik oleh Ad Samad tidak lama lagi.

“Penggambaran klip video single itu akan dijalankan pada bulan Jun nanti bersama sebuah lagi single Siapa Dapat Lisa,” singkap Mawi.

Siapa Dapat Lisa juga akan diterbitkan sebagai sebuah telefilem sempena Hari Raya Aidilfitri pada 23 Ogos nanti dan akan memulakan penggambaran tidak lama lagi.


Continue Reading ...

Diana Danielle bertudung di Majalah EH

Jarang kita dapat melihat selebriti muda jelita, Diana Danielle ni bertudung kan, sekali sekala dapat lihat ok juga sebelum ni pernah bertudung, tapi kat drama, tapi yang ni pun sayangnya Diana bertudung kat Majalah EH! edisi terbaru, kiranya bertudung berbayar lah juga ni, aish, harap-harap Diana dapat bertudung penuh lepas ni ye, tanpa berbayar dan ikhlas di hati.
Continue Reading ...

Gambar Seksi Neelofa Dalam Majalah Cosmopolitan

Neelofa tampil seksi di muka depan majalah Cosmopolitan edisi Jun 2012 hanya memakai baju dalam berkelipan seperti kulit tenggiling dengan dadanya tertonjol ke depan. Aksi ini terserlah dengan pinggang ramping dan senyuman Neelofa yang menggoda. Apapun eksploitasi body seksi Neelofa sudah pasti menguntungkan tokey majalah Cosmopolitan ini berlipat kali ganda. Sumber : wowberita.org
Continue Reading ...

Wardina Terima Panggilan Lucah

Personaliti TV, Wardina Saffiyah Fadhlullah, 33, semalam telah membuat laporan polis bahawa dirinya telah diganggu dengan panggilan lucah daripada seorang lelaki bernama Arif.

Dalam laporan akhbar Harian Metro hari ini,Wardina berkata lelaki itu telah membuat panggilan sebanyak dua kali kepadanya sambil mendakwa dia merupakan kakitangan sebuah stesen penyiaran dan mahu menemubualnya.

Tambah Wardina, lelaki itu membuat panggilan pada pukul 5 pagi dan diikuti pada pukuk 9.15 pagi.

"Saya tidak menjawab panggilan telefon yang pertama. Pada pukul 9.15 pagi, lelaki itu menghubungi saya sekali lagi tetapi apabila saya tanya dia dari stesen mana, dia kata tidak boleh beritahu.

"Selepas itu dia mula mengeluarkan perkataan-perkataan yang saya sendiri malu untuk sebut.

"Saya tidak faham kenapa ada orang yang sanggup melakukan perkara seperti itu," kata Wardina yang ditemui membuat laporan polis di Balai Polis Taman Melawati, Hulu Klang, semalam.

Bekas pelakon itu juga masih trauma dengan panggilan berunsur lucah berkenaan dan terkilan dengan sikap lelaki terbabit yang dikatakan seorang lelaki tempatan dan beragama Islam.

"Saya bersimpati dan tertanya kenapa dia bersikap sedemikian? Kenapa perlu melakukan perbuatan yang mengaibkan dan sukar untuk saya luahkan?" jelas Wardina lagi.

Ditanya mengenai firasatnya mengenai lelaki terbabit, Wardina memberitahu daripada suaranya lelaki itu berkemungkinan masih muda dan sengaja melakukan perbuatan jijik itu.

"Laporan polis ini dibuat sebagai pengajaran kepadanya kerana tindakannya itu bukan perkara main-main. Dia melakukan gangguan seksual ke atas saya dan menyebabkan saya berasa tidak selamat," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Continue Reading ...

Zed Zaidi Presiden Seniman yang baru

Mesyuarat Agung Tahunan kali Ke-14 Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), semalam, menyaksikan pelakon Zed Zaidi dilantik sebagai Presiden yang baru.

Zed dipilih sebulat suara setelah mendapat undian tertinggi mengatasi seorang lagi calon, Datuk Mustapha Maarof.

Jawatan Presiden Seniman sebelum ini disandang pelawak terkenal, Harun Salim Bachik yang mengundur diri dan tidak bertanding apa-apa jawatan bagi penggal ini.
Continue Reading ...

TMJ pertahan Sultan Johor bida WWW 1

Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim bertitah mempertahankan pembidaan nombor pendaftaran WWW 1 oleh ayanda baginda Sultan Johor sambil menegaskan, kerabat diraja Johor tidak mengambil sebarang wang daripada kerajaan.

"Kerabat diraja Johor tidak ambil wang kerajaan. Sejak era Almarhum Sultan Ibrahim," titah baginda menerusi mesej Twitter lewat semalam.

Baginda juga bertitah bahawa pihak-pihak yang mempertikaikan perkara itu boleh bertanya kepada Menteri Besar Johor ataupun mana-mana pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Dalam mesej itu, baginda juga bertitah bahawa wang yang diperuntukkan kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dan baginda sendiri dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.

"Tujuan yayasan-yayasan ini ialah untuk membantu rakyat dan untuk membantu Kerajaan Negeri Johor," kata Tunku Ismail sambil menambah, baginda sendiri, sejak menjadi Raja Muda, tidak mengambil "satu sen pun daripada kerajaan, sehingga ke hari ini."

"Ia wang rakyat. Jadi, sebelum membuka mulut, selidik," titah baginda.

Mesej balas Tunku Ibrahim menyusul pandangan diutarakan oleh bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin semalam.

Antara lain Nizar menulis bahawa "RM520 ribu untuk plat nombor pendaftaran WWW 1. Tak akan hendak letak kat kereta Proton atau motor kut?"

"Ramai lagi rakyat yang masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang!" kata beliau.

Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri itu juga menulis bahawa "RM520 ribu boleh dibelanjakan membantu rakyat Melayu Johor yang masih ramai miskin serta memerlukan bantuan untuk keperluan hidup, bina 20 rumah PPRT," katanya lagi.

Laporan media menyebut nombor plat kenderaan WWW 1 berjaya dibida oleh Sultan Johor dengan tawaran tertinggi sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim Ismail mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat WWW 5 (RM220,000); Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai memenangi nombor plat WWW 15 (RM24,200).

Baginda memang dikenali sebagai peminat kenderaan mewah yang memiliki koleksi kereta antik dan model terbaru.
Continue Reading ...

Sultan Johor Pemilik Nombor Plat Kereta WWW 1

Sultan Johor kini pemilik nombor plat pendaftaran kereta WWW 1 dengan bidaan tertinggi iaitu RM520,000. Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar mendahului 9,999 pembida lain termasuk Yang di-Pertuan Agong, yang memenangi nombor plat “WWW 5″, dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai, memenangi nombor plat “WWW 15″.

Nilai ini melepasi rekod yang dicatatkan “MCA 1″ pada tahun 2010 yang telah dijual pada harga RM300,100. Dalam tempoh tersebut, beribu-ribu membanjiri tiga cawangan JPJ Kuala Lumpur untuk meletakkan tawaran mereka untuk awalan “WWW”, yang merupakan singkatan bagi “World Wide Web”.
Continue Reading ...

Gaji Nazmi Faiz Di Beira-Mar RM 300,000 Sebulan

Jika Safee Sali menerima gaji bulanan berjumlah Rupiah 350 juta (RM118,000) sebulan, wonderkid Malaysia yang baru sahaja mengikat kontrak tiga tahun bersama kelab Portugal, Beira-Mar, Nazmi Faiz pula dikhabarkan bakal menerima gaji bulanan sebanyak RM 300,000.

Mencetus fenomena dalam bola sepak negara selepas terpilih sebagai pemain untuk kelab liga divisyen satu Portugal sehingga Jun 2015 nanti, gaji pemain tengah Harimau Muda itu kini menjadi topik perbualan hangat penyokong serta pemerhati bola sepak tempatan.

Meskipun khabar angin mengenai gaji yang bakal diterima oleh Nazmi masih belum dapat disahkan, namun, sekiranya benar, pemain muda yang bakal mencecah 18 tahun 16 Ogos nanti akan bergelar pemain termuda Malaysia berstatus jutawan selain Safee Sali.

Sementara itu, ejen Nazmi, Marco Guimaraes, mengakui jumlah gaji yang bakal ditawarkan kepada tonggak skuad bawah 22 tahun itu adalah sangat lumayan bagi seorang pemain muda dari Asia Tenggara, bagaimanapun beliau enggan mendedahkan jumlah sebenar yang akan diterima oleh anak buah Ong Kim Swee itu.

“Terpulang kepadanya (Nazmi) sama ada untuk mendedahkannya atau tidak, katanya.

Dalam perkembangan lain, akan mula menyertai latihan bersama Beira-Mar selepas pusingan kelayakan Piala AFC bawah 22 tahun yang akan bermula 21 Jun sehingga 4 Julai nanti, Nazmi akan turut ditemani pengendali Harimau Muda, Ong kim Swee.

Selain menguruskan soal kontrak dengan kelab tersebut, Kim Swee yang berada di sana selama seminggu akan turut membantu anak buahnya menyesuaikan diri sebagai pemain professional di kelab Eropah itu.
Continue Reading ...

Almy Nadia Buat Pembedahan Apendiks

Almy Nadia telah buat pembedahan Apendiks di Pusat Perubatan Kelana Jaya pada hari ini 24 Mei 2012. Menurutnya, penyakit yang dialaminya itu sudah berlarutan sejak sekian lama. Cuma, kerana kekangan masa membuatkan Almy terpaksa menangguhkan pembedahan.

Ketika dihubungi, Almy memberitahu dia akan menjalani pembedahan pada jam 11 pagi tadi. Namun, perkembangan kesihatan terkini Almy Nadia akan diupdate tidak lama lagi.
Continue Reading ...

Misha Omar Tangguh Perkahwinan

Misha Omar merupakan antara salah satu nama yang agak besar di Malaysia melalui lagu seakan ‘berhantu’ beliau iaitu Pulangkan. Misha yang juga telah mengikat tali pertunangan pada Februari 2012 yang lepas bersama Firos Ezzwan Rossly khabarnya terpaksa menunda tarikh perkahwinan mereka yang dijangka pada September tahun ini.

Ini kerana,Firos tunang kesayangan Misha yang bekerja sebagai juruterbang Syarikat Penerbangan Malaysia Bhd (MAS) memerlukan tumpuan yang sepenuhnya terhadap kerjaya ketika ini.

Misha mengulas, beliau tidak mahu mengganggu kerjaya dan tumpuan Firos memandangkan kini tunangnya itu sedang menjalani latihan penerbangan membawa pesawat Airbus yang mana sebelum ini Firos membawa pesawat Boeing 737.

Latihan yang perlu dijalani oleh Firos akan mengambil masa selama enam sehingga sembilan bulan yang mana, bakal menjejaskan tumpuan beliau ketika sesi latihan jika terpaksa menguruskan perkahwinan nanti, dakwa Misha Omar.

Mengimbas semula sejarah percintaan antara Misha Omar dan Firos, hubungan mereka dahulu pernah terputus di tengah jalan, sebelum menyambung kembali dengan ikatan yang lebih kukuh kini. Namun kata Misha, beliau tidak merasa bimbang akan penangguhan perkahwinan kerana yakin ketentuan Allah, jika ada jodoh, pastinya tidak akan kemana.

Syabas jika Misha sidah bijak dan matang dalam menilai sesuatu perhubungan dan menyerahkan ketentuan di tangan Allah. Kami harapkan kesudahan yang baik untuk Misha dan Firos nanti, Amin..
Continue Reading ...

Fazura dilantik sebagai duta Blackberry

Siapa pengguna smartphone terkenal BlackBerry, pasti cukup berbangga dan penuh semangatnya apabila smartphone ini melancarkan model terbaru versi Curve 9220 dan 9320. Namun yang paling masyuknya untuk model ini, telah didatangkan khas pelakon, Fazura untuk menjadi duta kepada produk berkenaan. Smartphone lain, rasanya belum ada lagi yang berani memangggil selebriti tempatan untuk dijadikan duta kepada smartphone terkenal dan bercirikan mewah.
Continue Reading ...

Fasha Bakal Timang Cahaya Mata 9 Feb 2013

Ramai yang sedia maklum bahawa Fasha Sandha telah pun hamil walaupun masih di peringkat awal perkahwinan. Semalam, Fasha bersama suami tercinta, Jejai telah ke Pusat Perubatan Prince Court bagi menjalani ujian kehamilan.

Memetik dari Beautifulnara.com, Dr. Paul merupakan doktor yang melakukan pemeriksaan telah mengesahkan kehamilan Fasha.

Doktor tersebut telah melakukan ujian pengimbas namun tidak dapat dikesan kerana masih di peringkat awal kandungan. Menurut Dr. Paul, bayi dapat dilihat melalui ujian pengimbasan setelah kandungan berusia enam minggu ke atas.

Selain itu, Fasha juga telah melakukan ujian toxoplasma kerana Fasha merupakan penggemar kucing. Fasha membela lapan ekor kucing dirumahnya. Dr. Paul menasihati Fasha supaya tidak mendekati kucing kerana bulu dan najis kucing adalah tidak selamat kepada ibu yang mengandung.

Setelah melalui beberapa pemeriksaan semalam, Dr. Paul telah menjangkakan tarikh kelahiran cahaya mata Fasha dan Jejai pada 9 Februari 2013. Fasha menyatakan rasa terujanya kerana anaknya akan berbintang Aquarius, memetik dari temubual Fasha bersama Beautifulnara.com.

Pastinya Fasha dan Jejai tidak sabar untuk melihat bakal cahaya mata mereka. Namun, diingatkan tarikh kelahiran biasanya akan awal atau lewat dua minggu bergantung kepada kondisi ibu serta kandungan.
Continue Reading ...

Zuan Melodi Kesal Dikaitkan Dengan Kes Putus Cinta Melia Aimelia

Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba timbul cerita Melia Aimelia putus cinta dengan Zuan Melodi.

Berita yang dikeluarkan oleh sebuah portal online ini semalam terpaksa ditarik balik kerana menurut mesej yang dihantar oleh Melia kepada OHBULAN!, kemungkinan wartawan yang menulis laporan ini tersalah dengar sewaktu sesi temubual bersamanya. Lelaki yang dimaksudkan oleh Melia ialah Ridzhuan dan bukannya Zuan Melodi.

Zuan Melodi ketika dihubungi turut menyuarakan rasa kesal terhadap dakwaan yang dilemparkan padanya.

“Memang bikin panas apabila diri saya didakwa putus cinta 2 bulan dengan Melia sebab mana mungkin saya bercinta dengannya. Saya profesional dalam hubungan saya dengan mana-mana artis di Malaysia,” tegas Zuan ketika dihubungi.

Zuan turut terkilan apabila dakwaan yang dilemparkan padanya menyebabkan dia dituduh mengambil kesempatan terhadap pekerjaannya.

“Macam-macam orang bertanya pada saya dan ada yang terus melemparkan tuduhan yang kurang enak seperti mengambil kesempatan dan playboy. Saya tidak tahu apa motif sebenar sehingga nama saya dikaitkan, mungkin sebab mahu publisiti murahan atau ianya kesilapan teknikal,” ujar Zuan lagi.

Kontroversi yang melanda Melia Aimelia sebelum ini turut memberikan impak negatif pada Zuan.

“Kontroversi yang menimpa pelakon itu sebelum ini telah sedikit sebanyak menconteng arang ke muka saya & kredibiliti sebagai seorang wartawan apabila isu ini dikaitkan, keluarga dan teman-teman rapat saya juga hairan dan pelik kenapa nama saya dikaitkan?

“Untuk menjadi media yang baik, haruslah dikaji dan peluang menjawap harus diberikan kepada pihak yang didakwa, seperti mana saya lakukan di program Melodi. Saya hanya wartawan hiburan dan saya bukanlah artis,” ujar wartawan Melodi ini.

OHBULAN! sendiri hairan bagaimana wartawan yang menemubual Melia Aimelia itu boleh tersalah dengar? Atau memang Melia sengaja menggunakan nama Zuan namun apabila artikel ditarik balik atas aduan Zuan, Melia kemudian menukar kenyataannya dan memberitahu bahawa lelaki tersebut adalah Ridzhuan.
Continue Reading ...

Michelle Yeoh Terima Darjah Seri Paduka Mahkota Perak

Bertuah menjadi Michelle Yeoh yang semakin di’iktiraf jasanya dalam membawa nama Malaysia dalam dunia hiburan dunia.

Hari ini bersempena dengan Hari Keputeraan Ke 84 Sultan Perak, Sultan Azlan Shah Michelle Yeoh telah di’anugerahkan dengan gelaran Darjah Seri Paduka Mahkota Perak.

Michelle Yeoh menerima anugerah yang membawa gelaran Datuk Seri itu di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar dalam satu majlis istiadat penyampaian anugerah hari ini.

Bintang popular itu melahirkan rasa terkejut dengan anugerah yang di’terima & terus terbang dari Bangkok untuk menghadiri istiadat ini selepas menerima khabar dari istana.

“Saya sedang menjalani pengambaran di Thailand ketika menerima khabar gembira ini dan teruja untuk menerima’nya tetapi tidak dapat hadir ketika majlis raptai,” ujar Michelle Yeoh sebagaimana laporan Daily Chilli.
Continue Reading ...

Elyana Masuk Hospital

Elyana dikatakan masuk hospital selama 4 hari. Gambar Elyana ni diambil dari blog Elyana Sendiri. Menurut Yana, dia hanya menghidapi penyakit yang biasa sahaja dan kini sudah pun sembuh. Mari lihat wajah yana ketika terlantar di Hospital.


Continue Reading ...

Penjelasan Dira Abu Zahar Isu Pengunduran Melodi

Alhamdulillah.. semua sudah selesai dengan tenang. Ini merupakan kenyataan rasmi dari ketukan papan kekunci saya sendiri. Blog ini juga tidak pernah kawal oleh mana – mana admin (seperti manager mahupun PA). Apa yg terketuk di sini adalah hasil dari bicara hati yang kadang – kadang memberontak mahu melepaskan sesuatu tapi bisa takut dengan cabulan mulut berbicara, aku diamkan dan akhirnya menjadi ketukan papan kekunci sahaja lah.

Dengan ini, aku percaya dengan kuasa media yang maha hebat, aku percaya segelintir besar peminat industri ( tidak semestinya peminat aku ehh.. ) sudah pun sedia maklum dengan pengunduran diri aku ini dari memandu sebuah rancangan gosip paling popular di Malaysia ini iaitu MELODI ( haaa, tak payah struggle masuk top5 ABPBH.. hahaha.. ). Iya, faham.. perlbagai speku ada timbul dan ada yang dah timbul lama sebelum sebarang kenyataan rasmi lagi (sebab tu aku cakap, kuasa media yang maha hebat). Bagus, ini menunjukkan kebanyakkan diantara kita menggunakan kapasiti otak lebih daripada average penggunaan iaitu 20%.

Jadi dengan ini memudahkan kerja aku lagi. Yakni, tak perlu bicara lebih sebab dah berlebih – lebih pun yang telah dibicarakan. Jujur aku katakan, hati ini telah lama terdetik untuk mengundur. Sebab aku tahu tempat aku bukan di situ. Aku bukan yang boleh memancu kenderaan jenis itu. Aku tidak pernah terfikir untuk mengawal kenderaan itu.

Selama aku berada dalam industri ini, tidak kira besar atau kecil skalanya, segala yang aku buat aku mengikut kemampuan dan kegembiraan aku untuk melakukannya. Dari produksi yang menyediakan segala-galanya untuk aku sehingga ke produksi yang kene beli makanan sendiri, aku tahu aku gembira melakukanya sebab aku lakukan atas kemampuan aku dan kegembiraan hati aku untuk melakukannya.

Memang kadang – kadang, tidak semua yang kita nampak itu indah seperti yang ditayangkan. Aku akui, tidak mudah untuk mengendalikan program itu. Terlalu besar dan berat tanggungjawab yang dicampakkan ke bahu ini. Juga ianya bukan padang aku untuk aku berlegar bermain – main di siutu. Padang aku di tempat lain, walau kecil dan buruk, itu padang aku dan aku gembira dengan padang aku.

Jadi dengan ini, aku memohon untuk membawa diri dengan cara dan pilihan gaya aku sendiri yang aku tahu dimana kemampuan dan kegembiraan yang akan aku kecapi dengan apa sahaja pilihan yang akan aku buat dimasa akan datang.

Mohon ampun dan maaf kiranya ada yang terkasar dan terlebih dan terkurang (seperti yang di katakan aku sangat gedik dan poyo dan macam orang bangang dan macam ntah hapa – hapa dan macam itu dan macam ini… )

Pesan aku,jaga diri leklok ehh..
Apa pun, AKU SAYANG KORANG SANGAT -SANGAT!!

Sumber : Blog Dira Abu Zahar
Continue Reading ...

Nabila Huda Segan Jadi Bohsia

Pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 28, akui berasa agak segan dan malu selepas menonton aksinya yang memegang watak bohsia pada majlis Tayangan Eksklusif, filem Jalan Kembali: Bohsia 2 baru-baru ini.

Malah, Nabila Huda berkata dia agak gusar dengan penerimaan penonton terhadap lakonannya sebagai perempuan liar itu selepas dia kini sudah pun bergelar ibu kepada Keisha Laila, 2 tahun.

"Segan juga bila menonton aksi liar saya sebagai perempuan bohsia dalam filem ini kerana sudah lama rasanya saya tidak beraksi seperti itu dan kali terakhir pun hanya di filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam pada tahun 2009.

"Lagipun, ketika mula untuk kembali berlakon dalam Bohsia 2 ini, saya baru sahaja lepas menimang cahaya mata yang ketika itu begelar isteri serta ibu.

"Terus-terang ketika itu saya sudah mula rasakan saya seperti tidak sesuai lagi untuk membawakan watak liar seperti ini," katanya.

Selain Nabila Huda, filem yang bakal ditayangkan pada 7 Jun ini turut dibintangi oleh pengarahnya sendiri, Syamsul Yusof serta pelakon lain Sofie Jikan, Salina Saibi, Serina Redzuwan dan ramai lagi.

Nabila yang kini bergelar ibu tunggal telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, pada Ogos tahun lalu selepas tiga tahun berkahwin ekoran tiada persefahaman.

Selain statusnya, Nabila Huda merasakan dirinya tidak lagi sesuai untuk bawa watak remaja liar seperti itu kerana faktor usia yang hampir mencecah 30-an.

"Selepas berkahwin saya sudah lama tinggalkan watak wanita jahat dan liar sebaliknya banyak melakonkan watak gadis bertudung dan teranaiya seperti di drama Pelangi Kasih.

"Jadi bila lihat dalam filem Bohsia 2, saya jadi segan pula. Saya pun tak pasti sama ada penonton dan peminat boleh terima atau tidak," luahnya.
Continue Reading ...

Zizan & Awal Pengacara Tetap Melodi Mulai Jun Ini

Stesen televisyen swasta TV3 yang menyiarkan rancangan hiburan popular, Melodi mengumumkan secara rasmi dalam kenyataan medianya hari ini bahawa dua pengacara tetapnya iaitu Zizan Razak dan Awal Ashari telah dipilih bagi mengacarakan rancangan itu bermula pada Jun ini.

Menurut kenyataan itu, Melodi akan memperkenalkan kemunculan pengacara secara duo itu dijangka mampu untuk meneruskan legasi Melodi dalam usaha menyampaikan infotainment kepada para penonton dan peminat rancangan tersebut.

“Kejayaan program hiburan sensasi no.1 Negara, Melodi bukan sahaja meraih perhatian penonton dari segi kandungan terkini dan infomasi bermutu, malah program terbitan TV3 ini meletakkan perantara berkaliber sebagai platform untuk berinteraksi bersama penonton setianya.

“Sejak mula diterbitkan pada tahun 1992, nama-nama seperti Dato’ Mahadzir Lokman, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Aznil Hj Nawawi, Azwan Hj. Ali, Raja Azura dan gandingan serasi Wahid (Senario) dan Fara Fauzana merupakan sebahagian besar daripada anak seni tempatan yang telah diberi kepercayaan memikul tugas berat mengendalikan program popular ini,” katanya.
Continue Reading ...

Elfira Loy dapat Tajaan Biasiswa

Nurul Elfira Loy, 18, kini boleh menarik nafas lega dan berasa bangga. Ini kerana dia sudah mula diberi kepercayaan untuk membawa watak heroin pula.

Ketika ini, pelakon cantik yang selesa disapa Elfira itu sedang berada nun jauh di Paris selama 11 hari bersama pelakon dari seberang, Randy Pangalila bagi menjayakan telefilem arahan Micheal Ang yang berjudul Dalam Hati Ada Taman.

Bertemu dengan gadis kelahiran Kuala Lumpur itu pada sidang akhbar memperkenalkan duta baharu Maybelline di Souled Out, Kuala Lumpur, Rabu lalu, Elfira nyata begitu teruja memberitahu akan melangkah ke kota romantis tersebut buat pertama kalinya.

Ditanya mengenai perasaannya sekali lagi berlakon bersama Randy selepas pertama kali digandingkan dalam Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, ujar Elfira, ketika menjayakan telefilem itu, dia dan Randy terlalu bergantung kepada skrip semata-mata.

Bagaimanapun untuk telefilem Dalam Hati Ada Taman, mereka tidak lagi bergantung kepada skrip sebaliknya menggunakan keserasian antara dia dan Randy untuk membina skrip sendiri.

“Saya akan menjayakan telefilem sebanyak 13 episod untuk Astro Ria arahan Micheal Ang. Cerita ini berlatarbelakangkan kota Paris.

“Saya dan Randy tiada sebarang masalah untuk membina keserasian antara kami. Ini kerana sejak berlakon bersama dalam telefilem Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, kami sentiasa berhubung antara satu sama lain,” ungkapnya yang melakonkan watak anak kepada karakter lakonan Amy Mastura dalam telefilem tersebut.

Tidak hanya tertumpu kepada telefilem semata-mata, ungkap Elfira, selepas ini dua buah filem lakonannya akan menyusul yang mana dia akan bekerjasama dengan Micheal lagi.

Mengakui selesa bersama Micheal, luah Elfira, dia sering meraih tawaran daripada pengarah itu yang sering memberikan peluang kepadanya untuk mencuba watak-watak baharu.

“Micheal suka terokai karakter saya. Dia tidak seperti pengarah lain yang sering memberi watak yang sama kepada saya,” jelasnya.

Tidak pernah meletakkan had pada karakter yang akan dibawanya dan mahu mencuba semua watak yang ada, Elfira tidak terlepas ditanya tentang masa depannya dalam bidang lain sebaik tamat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu.

Tanpa mendedahkan keputusan peperiksaan yang diperoleh, ujar Elfira, jika keputusannya tidak elok, bagaimana pula dia boleh ditawarkan biasiswa sebagai pelajar di Kolej Damansara Utama (KDU), Petaling Jaya, Selangor.

Elfira yang kini mengambil diploma dalam jurusan seni hiburan memberitahu, pada mulanya dia tidak berniat untuk menyambung pelajaran dalam masa terdekat kerana terlalu sibuk berlakon, tetapi kerana ditawarkan biasiswa tersebut, dia akhirnya setuju.

“Sudah rezeki saya apabila pihak KDU menawarkan biasiswa dalam jurusan seni hiburan. Saya memilih bidang tersebut kerana saya fikir ia sesuai dengan kerjaya sebagai seorang pelakon. Menjadi seorang pelakon kalau tak ada pengetahuan susah juga, jadi saya mahu ilmu yang baik untuk membantu kerjaya saya berkembang dengan baik,” ujarnya.
Continue Reading ...

Salina Saibi Nafi Guna Botox Atau Kolagen

Pelakon filem Jalan Kembali Bohsia 2, Salina Saibi menafikan tuduhan segelintir pihak yang mengatakan dia menyuntik botox ke mukanya dan menggunakan kolagen sehingga kelihatan semakin cantik sejak kebelakangan ini.

Menurut Salina yang juga merupakan pelakon drama bersiri televisyen popular Metro Squad ini, dia sebaliknya menggunakan pelbagai kaedah lain agar memastikan kelihatan sentiasa cantik apatah lagi dalam kerjayanya sebagai pelakon yang sentiasa glamor.

“Sebagai pelakon saya kenalah menjaga kecantikan dan kesihatan diri saya tetapi bukan dengan cara ‘segera’ seperti menyuntik botox ke muka dan sebagainya. Sebaliknya, saya ada cara tersendiri untuk kekal cantik antaranya dengan cara berenang pada setiap minggu.

“Setiap minggu saya mesti akan berenang selama dua atau tiga jam sebagai senaman rutin yang baik untuk kesihatan saya. Biasanya saya akan berenang bersama anak saya, Farah Syakira Azmir yang baru berusia tiga tahun,” katanya sewaktu ditemui di sini baru-baru ini.

Pada pertemuan itu, Salina hadir di majlis pratonton filem terbaru lakonannya, Jalan Kembali Bohsia 2 terbitan Skop Production arahan Syamsul Yusof dalam genre aksi dan komedi yang akan ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh negara mulai 7 Jun ini.

Jelas Salina lagi, selain berenang aktiviti hariannya yang sibuk di lokasi kerana menjalani penggambaran drama dan filem pada setiap hari secara tidak langsung turut menjadi latihan yang mencergaskan tubuh serta kesihatannya.

“Kesibukan itu menjadikan saya sentiasa aktif di mana ia juga sebagai satu latihan yang boleh menjadikan saya menjadi aktif. Contohnya, saya kini baru sahaja habis menjalani penggambaran drama Asmara Beijing dan selepas itu bergegas pula untuk penggambaran Metro Squad 2,” ujarnya.
Continue Reading ...

Fasha Sandha berang mengenai isu bunting beliau

Aktres yang baru sahaja bergelar isteri yang sah kepada Jejai ini melahirkan rasa terkilan apabila berita gembira kehamilannya dipertikaikan peminat dan sesetengah pihak yang mendakwa ianya hasil lepas ‘projek’ diluar negara.

Fasha Sandha dan Jejai yang mengesahkan beliau telah bunting pelamin baru ini memberi amaran kepada pihak yang berterusan menyebarkan fitnah, mereka akan mengambil tindakan undang-undang.

“Tidak logik kami membazir duit belanja buat majlis yang sebesar itu. Ingat tetamu yang turut hadir dan saksi pada majlis akad nikah itu siapa? Apa ingat kami hanya berlakon begitu?

“Cubalah fikir secara logik, pernikahan bukanlah boleh dibuat permainan. Jangan sesedap rasa membuat spekulasi yang bukan-bukan.

“Mereka ni faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan dakwaan yang langsung tidak masuk akal itu,” Tegas Fasha.
Continue Reading ...

Yasmin Hani Rancang Punya Anak Hujung Tahun

Ketika industri hiburan tanah air menerima berita gembira dua pelakon wanita negara, Fasha Sandha dan Eira Syazira sudah pun hamil, pelakon wanita lain, Yasmin Hani tidak menafikan dia juga sudah merancang untuk mempunyai cahaya mata.

Cuma bezanya, Yasmin merancang untuk menimang cahaya mata pada hujung tahun nanti.

Keputusan untuk merancang kehadiran insan baru dalam keluarganya dilakukan berikutan jadual kerjaya dan aktiviti lakonannya yang padat dari masa ke semasa.

Malah, Yasmin dan suaminya, Shahrin Razali juga bersepakat untuk ‘menyekat’ dahulu keinginan mereka.

“Saya memang merancang kehamilan kerana jadual kerjaya saya dan suami yang agak padat buat masa ini tetapi Insya-Allah hujung tahun ini baru semua perkara selesai dan boleh fokus kepada keluarga dan memiliki anak,” kata Yasmin seperti dalam mStar Online.

Antara sebab lain yang dinyatakan Yasmin untuk tidak mempunyai anak buat masa sekarang kerana dia bakal menyertai sebuah program realiti yang memerlukan pergerakan yang aktif serta tangkas.

“Bayangkan kalau saya mengandung nanti, takut jadi perkara yang tidak diingini pula dan lebih baik saya fokus kepada program itu dahulu sebelum mengandung,” katanya.

Meski pun kehidupan Yasmin sekarang ini hanyalah bersama suami tercinta, Yasmin mengakui semakin bahagia dengan kasih sayang yang sentiasa dicurahkan oleh suaminya setiap masa.
Continue Reading ...

Datuk Sharifah Aini Dimasukkan Ke Hospital

Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur.

Menerusi status terbaru di akaun Facebook miliknya yang telah dikemaskinikan oleh sahabat baiknya Khalilah Datuk Mohd Talha, penyanyi evergreen kelahiran negeri Johor Darul Takzim itu disahkan oleh doktor peribadinya bahawa telah dijangkiti kuman pada bahagian paru-parunya.

Marilah kita sama-sama mendoakan semua yang terbaik buat penghibur ternama ini dan semoga Tuhan akan terus mengurniakan kesihatan yang baik serta ketenangan selalu buat Datuk Sharifah Aini. Sumber : wowberita.org
Continue Reading ...

Nazmi Faiz sah 3 tahun bersama SC Beira-Mar kelab Portugal

Pemain bola sepak muda negara kita, Nazmi Faiz telah mengikat kontrak selama 3 tahun dengan pasukan SC Beira-Mar, kelab Portugal divisyen pertama. SC Beira-Mar adalah kelab liga utama di Portugal, sebaris dengan kelab Sporting Lisbon dan FC Porto. Semoga Nazmi Faiz sukses di sana dan dapat mengharumkan nama Malaysia. Tahniah!
Continue Reading ...

Ustaz Azhar Idrus ikon artis wanita Malaysia yang berhijrah


Hebatnya Pengaruh Ustaz Azhar Idrus. Kelihatan Artis-Artis Wanita Yang Telah Berhijrah "Menutup Aurat" Tidak Lepaskan Peluang Bergambar dengan Beliau Seperti Irma Hasimie, Yatt, Diana Amir, Helliza Helmi Dan Rakan-Rakan. Semoga artis-artis lain mengikut jejak langkah yang sama. Amin.
Continue Reading ...

Peminat Desak Konsert Lady Gaga Dibenarkan

Kira-kira 50 peminat Lady Gaga menari secara spontan di Dataran Monumen Nasional di sini bagi menuntut supaya konsert penyanyi terkenal itu dibenarkan di Indonesia.

Mereka menari tarian seperti yang pernah dipersembahkan oleh penyanyi tersebut.

Para peminat itu turut membawa sepanduk yang menyatakan mesej bahawa mereka mahu penyanyi tersebut berada di sini.

Pada minggu lalu, polis Indonesia mengumumkan ia tidak akan mengeluarkan permit konsert penyanyi itu yang dijadualkan berlangsung pada 3 Jun depan.

Keputusan itu dibuat selepas beberapa kumpulan Islam menyifatkan persembahan Lady Gaga tidak sesuai dengan budaya Indonesia.

Beberapa promoter menyatakan mereka akan berunding dengan polis untuk membenarkan konsert itu.

“Saya dan beribu-ribu peminat lain kecewa dengan keputusan polis untuk melarang konsert Lady Gaga.

“Lady Gaga tidak berbahaya kerana dia cuma seorang artis,” kata seorang peminat penyanyi itu yang dikenali sebagai Simon.

Lebih 50,000 tiket konsert jelajah Lady Gaga di Stadium Nasional Gelora Bung Karno di sini telah dijual.

Sementara itu, Menteri Koordinasi Keselamatan Indonesia, Djoko Suyanto bertindak campur tangan dalam kontroversi itu dan meminta satu kata sepakat dicapai.

“Mungkin konsert itu boleh disesuaikan kepada budaya Indonesia,” katanya kepada akhbar harian Kompas kelmarin.
Continue Reading ...