Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Sinopsis Filem Ngorat

‘Ngorat’ akan membawa kembali salah seorang pelakon wanita terhebat Malaysia, Erra Fazira yang telah lama sunyi dari layar perak disamping pelakon muda berbakat besar, Iedil Putra yang juga merupakan watak utama dalam rancangan bersiri terbaru 8TV, Projek Pop. Turut membintangi filem ini adalah jejaka idaman Malaya, Aaron Aziz yang membawa watak sebagai Arjuna Kasih, watak yang jauh berbeza dari watak-watak yang pernah didukung beliau sepanjang kerjayanya di dalam industri perfileman. Filem akan datang keluaran Grand Brilliance.

Sinopsis Filem Ngorat :


Ijam merupakan seorang jejaka solo yang kurang bernasib baik dalam mencari pasangan sehinggalah dia bertemu dengan seorang guru cinta yang menjanjikannya boleh bertemu jodoh dalam 30 hari sekiranya Ijam menurut petua-petua yang diberikannya. Tapi apabila petua-petua yang diberi tidak menunjukkan hasil, malah membahayakan persahabatan Ijoe dengan teman baiknya, Kira, Ijam harus mencari kekuatan untuk memilih samada untuk terus mendengar petua si guru cinta atau persahabatannya dengan Kira akan putus buat selamanya.

Berlatar-belakangkan kota Kuala Lumpur, 'Ngorat' diharap akan memberi warna dan nafas baru pada industri perfileman tempatan. Filem ini juga diklasifikan ‘U’ untuk tontonan umum dan sesuai bagi setiap lapisan masyarakat. Jadi jangan lupa temujanji anda dengan ‘Ngorat’ bulan Julai ini!

Leave a Reply