Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Rai Hari Ibu bersama Siti Nurhaliza

Sempena sambutan Hari Ibu Mei ini, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza bakal meraikan hari istimewa itu bersama peminatnya dalam majlis ‘Istimewa Hari Ibu… Sepetang bersama Datuk Siti Nurhaliza’ yang akan diadakan pada hari Ahad, 13 Mei 2012 di Hotel Grand Dorsett Subang.

Sekian lama tidak menerima sebarang tawaran untuk mengadakan persembahan pada Hari Ibu, pada kali ini penyanyi yang mesra disapa Siti ini berhasrat menampilkan persembahan istimewa dengan mendendangkan lagu-lagu popular nyanyiannya dan juga beberapa lagu malar segar.

Menurut Siti, persembahan untuk Hari Ibu kali ini pastinya menjanjikan kelainan dengan menerapkan elemen kasih sayang selain dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak. “Setelah lama Siti tidak mengadakan persembahan pada Hari Ibu iaitu kali
terakhir pada 2007, kebetulan tawaran ini datang pada masa yang sesuai.

“Jika pada minggu Setiausaha tahun ini Siti berada di Johor Bahru, jadi sambutan Hari Ibu ini adalah bagi mengubati kerinduan peminat di sekitar Lembah Klang yang ingin melihat Siti menghiburkan mereka pada hari istimewa ini,” katanya yang inginkan persembahan yang santai supaya lebih dekat dengan penonton yang datang. Menurutnya lagi, idea dan corak persembahan sudah difi kirkan cuma pelantun lagu Fallin’ In Love ini akan berbincang dengan penganjur bagi menghasilkan persembahan yang lebih mantap dan menarik.

“Dalam fi kiran Siti, banyak idea yang datang untuk sambutan Hari Ibu ini. Antaranya Siti mahu menghiburkan peminat dengan lagu-lagu yang sesuai sempena hari istimewa itu nanti termasuklah lagu-lagu evergreen daripada Datuk Sharifah Aini dan Broery Marantika,” ujarnya yang juga berhasrat mengadakan aktiviti santai yang dapat merapatkan hubungan ibu dan anak.

Selain itu, Siti juga bakal memberikan hadiah istimewa yang disediakan oleh penyanyi ini sendiri buat ibu yang bertuah. Tiket berharga serendah RM250. Tempahan tiket atau sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Hotel Grand Dorsett Subang.

Leave a Reply