Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Radhi OAG kahwin hujung tahun ini

Penyanyi kumpulan alternatif rock Old Automatic Garbage (OAG), Radhi menyuarakan hasratnya untuk mendirikan rumahtangga dengan gadis pilihan hatinya pada hujung tahun ini selepas hampir dua tahun dia hidup menduda. Menurut vokalis berusia 35 tahun berasal dari Kuching, Sawak itu, dia enggan mendedahkan nama bakal isterinya itu tetapi sekadar mengatakan gadis terbabit merupakan pelajar yang baru menamatkan alam persekolahan peringkat menengah baru-baru ini.


“Saya tidak mahu ulas lanjut tentang perkahwinan kali kedua saya itu. Insya-Allah kalau ada jodoh saya mahu menamatkan zaman duda saya selewat-lewatnya pada hujung tahun ini. Saya anggap ini adalah peluang kedua saya di mana ia amat bermakna dalam hidup saya. “Peluang kedua itu bukan sahaja daripada segi mahu membina rumahtangga yang baru, malah ia juga adalah peluang kedua untuk saya untuk berhenti daripada menghisap dadah,” kata Radhi sewaktu ditemui para wartawan di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya minggu lalu.

Pada pertemuan itu, Radhi muncul dalam sidang akhbar pelancaran rancangan terbaru ntv7 yang diacarakan Richie Rachman bertajuk Bilik 7 yang menjadikannya salah seorang selebriti undangan bagi menceritakan lebih mendalam pengalamannya sebagai penagih dadah. Bapa kepada Muhd. Rifdhi Muslim, 7 tahun ini yang kini sedang menjalani rawatan pemulihan dadah di Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih) di sini berkata dia berharap perkahwinan barunya itu bakal memulakan fasa ceria dalam kehidupannya pada masa akan datang.

“Saya sudah tidak mahu terbabit dengan dadah lagi dan mahu menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Insya-Allah saya akan mengikat kontrak sebagai artis naungan Warner Music tidak lama lagi supaya kerjaya saya dalam bidang seni akan berkembang,” ujarnya.

Leave a Reply