Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Qi mahu pinang Yuna

Setelah dua tahun menyulam cinta bersama penyanyi terkenal, Yunalis Zarai atau Yuna, Qi yang juga merupakan bekas pemain drum kumpulan OAG mengakui sudah memandang serius terhadap hubungan itu.

“Hubungan kami sehingga hari ini masih berada dalam keadaan yang baik walaupun masing-masing sibuk dengan kerjaya yang semakin meningkat naik. Saya memahami kerjayanya tambahan pula kami berada dalam bidang yang sama. Walaupun terpisah jauh, ia tidak menghalang kami berhubung sama ada melalui panggilan telefon mahupun internet,” ujarnya yang semakin serius menjalinkan hubungan dengan Yuna.

Menyentuh mengenai perancangan masa hadapan terhadap hubungan percintaan itu, Qi mengatakan bahawa dia sememangnya sudah mempunyai hasrat untuk meminang gadis pujaannya itu.

“Niat sudah lama ada, cuma keadaan kami yang sibuk dengan kerjaya masing-masing masih belum sesuai untuk saya melakukannya. Mungkin dalam masa satu atau dua tahun lagi kami akan berbincang mengenainya. Saya harap, orang ramai dapat mendoakan yang terbaik buat kami berdua,” katanya.

Siapa tidak kenal dengan bekas pengacara program popular Jalan-Jalan Cari Makan, Qushairi Razali atau lebih dikenali dengan panggilan Qi yang kini semakin aktif bergiat dalam bidang lakonan. Mengakui dirinya kini semakin berani dan mulai serius dalam lakonan, Qi bagaimanapun sedar dirinya masih mentah dalam bidang itu dan perlu banyak belajar dan untuk memperbaiki persembahannya dalam menghayati watak yang ditawarkan kepadanya.

Baginya, pengacaraan dan lakonan merupakan dua bidang berlainan, oleh itu dirinya perlu bekerja kuat untuk memberikan yang terbaik dalam menjalani karier sebagai pelakon.

“Sejak ceburkan diri dalam lakonan, saya dapat rasa keseronokannya. Dari lakonan saya dapat merasai banyak karekter dan situasi yang belum pernah saya alami sebelum ini. Saya bersyukur, kerana sentiasa diberi tunjuk ajar oleh pengarah dan pelakon lain yang berpengalaman yang sedikit sebanyak dapat membantu saya untuk menjadi seorang pelakon yang hebat,” katanya.

Terbaru, selebriti kacak ini baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri, Friday I’m In Love arahan Faizul Rashid yang bakal ditayangkan di slot Aurora TV9 pada 19 April ini.

1 comments: