Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Neelofa jenamakan produk kecantikan

Mencuri perhatian dengan cerita sensasi, keseksian serta taruhan wajah manis, wanita berusia 23 tahun itu mudah memikat mata yang memandang. Pesonanya sudah dilihat menerusi drama, program televisyen dan filem sulungnya, Azura 2011.

Berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang, dia tidak menyekat kariernya dengan dunia glamor sahaja. Disifatkan bijak membina jenama, Neelofa yang masih bersisa dua semester sebelum menamatkan pengajian dalam bidang pemasaran dan perdagangan antarabangsa di sebuah kolej swasta itu memiliki inspirasi untuk bergelar usahawan.

Dalam masa terdekat, pengacara Nona yang sedang mempopularkan jenama kasut sendiri itu bakal muncul dengan satu produk baharu. Percutian ke Paris, Perancis baru-baru ini buka sahaja masa untuk melepaskan penat bekerja malah dia menggunakan peluang itu untuk melihat sendiri syarikat yang akan membekalkan produk kesihatan yang akan dilancarkannya tidak lama lagi.

Leave a Reply