Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Mamat Sepah Kena Buatan Orang?

Bintang sedikit kontroversi, Mamat Sepah dikatakan agak susah makan dan merasakan makanan yang dimakan seperti makan kaca.. Agak menakutkan tetapi itu yang dikatakan Mamat kepada Murai ketika ditemui baru-baru ini.. Dan berkemungkinan Mamat terkana buatan orang ataupun ganguan Jin atau Syaitan..


Mamat ketika ditemuramah berkata:

Saya sudah mula rasa penyakit aneh ini sejak beberapa bulan lalu. Saya sentiasa akan rasa lemah ketika waktu magrib sehingga ke malam dan telah menyebabkan saya tidak boleh tidur.Namun setelah berjumpa dengan doktor, saya hanya diberikan vitamin dan disahkan tidak mempunyai penyakit yang serius.Terus-terang, seumur hidup, saya tidak pernah mengalami rasa sakit sebegini sehingga apabila apa jua makanan yang masuk ke mulut saya akan rasa pedih seperti menelan kaca. Saya harap sangat saya dapat kembali sihat seperti biasa.

Ramai pihak termasuk orang yang mengubati saya di kampung berkata dia melihat saya seperti sudah terkena buatan orang dan orang itu adalah orang yang paling baik dan rapat dengan saya. Saya tidak mahu mempercayai sepenuhnya jangkaan mereka kerana saya sendiri tidak dapat bezakan orang disekeliling saya sedang bermusuh dengan saya atau tidak.Selama ini, saya bahagia apabila bersama rakan-rakan, cuma saya tidak tahulah jika ada musuh dalam selimut


Agak menakutkan tetapi ijam syorkan yang dia pergi berubat dengan cara perubatan Islam.. Banyak pusat perubatan Islam di Malaysia.. Tapi selalunya.. orang yang terkena buatan orang ni tak nak berubat.. Ye ker? Harap Mamat Sepah boleh cepat berubat mulai sekarang…

1 comments: