Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Konsert Jamal Di Seremban 27 April

Raja Pop, Jamal Abdillah, akan mengadakan konsert amal di The Royale Bintang Resort & Spa di sini pada 27 April ini.

Beliau akan membuat persembahan selama dua jam dalam konsert yang bertujuan mengutip derma bagi Rumah Seri Kenangan di sini, kata pengarah jualan The Royale Bintang Resort & Spa Seremban, Zalifah Azura Mohd Basri.

Tiket berharga RM80, RM150 dan RM300 boleh didapati di pejabat jualan hotel itu mulai sekarang.

“Mereka yang membeli tiket RM300 boleh menyertai Jamal pada satu jamuan lewat malam selepas konsert itu,” kata Zalifah Azura.

Mereka yang ingin membuat tempahan atau membeli tiket boleh menghubungi pejabat jualan The Royale Bintang Resort & Spa Seremban menerusi talian 06-7666888 / 06-7666208 / 06-7666666.

Leave a Reply