Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Filem Uncle Usin oleh Zizan dan Johan

Jika selama ini, kita biasa melihat keletah Zizan dan Johan mengacarakan program TV. Namun, buat pertama kalinya, Zizan dan Johan akan tampil dalam sebuah filem berjudul Uncle Usin.

Filem yang diarahkan oleh Husri Husain ini turut dibintangi Nabil Raja Lawak. Jadi, tentunya, penonton boleh membayangkan betapa ‘gamatnya’ filem ini.

Malah, tidak mustahil, filem Uncle Usin akan pecah panggung dengan tarikan tiga teraju filem tersebut, apatah lagi Zizan dan Johan, baru sahaja memenangi anugerah baru-baru ini.

Jika dilihat dari promo filem ini, Zizan dan Johan tidak digandingkan sekali. Bagaimanapun, banyak unsur jenaka yang diselitkan sehingga menggeletek penonton.

Namun, bagaimana keseluruhan jalan cerita ini dan berapa bintang yang boleh layak diterima, tidak dapat penulis berikan memandangkan filem ini tidak melakukan sebarang sesi pratonton.

Bagi anda yang mahu mengetahui jalan cerita dan melihat sendiri lakonan pertama Zizan dan Johan di dalam satu filem, bolehlah menonton filem terbitan pertama Sketch Seven, Uncle Usin yang mula ditayangkan di 70 pawagam berhampiran.

Selain Zizan, Johan dan Nabil, turut membintangi filem ini adalah Tania Zara, Ebby Yus, Mat Over, Norazilah Yahaya dan Yank Kassim. Filem yang menelan belanja RM 1.2 juta dan 16 hari penggambaran ini, mengisahkan bagaimana Spy 13 (Zizan Razak) seorang penyiasat yang ditugaskan menyelesaikan masalah dihadapi oleh Datuk Haris (Mat Over), atas permintaan anaknya Julia (Shikin Kamal). Siasatan itu menjadi lebih rumit apabila Spy 13 telah bertemu Spy 11 (Johan), seterunya ketika menuntut ilmu persilatan dahulu. Dalam masa yang sama juga, Spy 13 telah mengetahui dalang di sebalik perkara yang terjadi adalah angkara Manan (Ebby Yus).

Leave a Reply