Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Farah Asyikin kini bergelar guru dan bertudung

Penyanyi Farah Asyikin Zulkifli, 32, kini bergelar guru secara sepenuh masa di sekolah antarabangsa Cempaka Damansara di sini, sejak 19 Mac lalu.

Farah berkata dia mengajar subjek pentas dan drama untuk pelajar sekolah rendah.

Beliau memberitahu, selepas berhijrah dengan memakai tudung beberapa bulan lalu, dia amat gembira kerana dapat melakukan sesuatu pekerjaan baru dalam mendidik kanak-kanak.

"Saya pun tak sangka yang kini saya merupakan seorang pendidik. Alhamdulillah sudah sebulan saya mengajar dan anak murid saya semua menyenangi pengajaran yang dibuat," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Rabu.

Tambah Farah terdapat pelbagai cabaran bergelar seorang pendidik iaitu perlu memikirkan sukatan pelajaran yang ingin diajar di dalam kelas selain teknik memikat hati murid-murid.

Katanya, walaupun menjadi guru sepenuh masa, Farah masih lagi aktif dengan karier muziknya, malah dia bakal muncul dengan sebuah “single” lagu terbaru berjudul Berpisah Untuk Setia.

Dalam pada itu, Farah berkata, dia menyedari kemunculan lagu baru selepas penghijrahannya sebagai wanita bertudung itu akan menimbulkan persepsi negatif segelintir pihak yang menganggap seorang wanita Islam tidak boleh menyanyi.

"Saya faham ada yang berkata wanita Islam tidak dibenarkan menyanyi, saya juga pernah tertanya-tanya tentang hal tersebut. Tetapi selepas mendapatkan penjelasan daripada seorang ustaz, ia dibolehkan, tetapi ada batasnya.

"Sebagai contoh, jika dahulu saya sering menyanyi diiringi dengan para penari, kini tidak lagi. Biarlah pentas itu kosong, asalkan ia tidak mencacatkan penghijrahan saya," tegasnya.

Bercerita mengenai lagu terbaru yang dicipta oleh Farah sendiri, ia telah dirakam di Indonesia terbitan Andrew Darmoko.

"Jujur saya katakan, lagu ini mengisahkan pengalaman hidup cinta saya. Harap-harap para peminat akan menyukai lagu ini yang akan dikeluarkan tidak lama lagi," katanya.

Leave a Reply