Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Fakta menarik ABPBH 2011

Kali ini dipaparkan pula kepada anda 16 perkara menarik yang berlaku di sebalik penganjuran edisi ke-25 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, baru-baru ini.


1. Pada hari berlangsungnya ABPBH 2011, rakan media dan para artis diberikan perhidmatan tatarias percuma dari jam 10pagi hingga 5petang yang disediakan khas oleh Majalah Lisa. Antara yang disediakan oleh Salun Lisa termasuklah dandanan rambut, urutan mini, sudut snek dan rias kuku.

2. Sebelum bermulanya siaran langsung, penonton di Arena of Stars diminta bangun untuk menyanyikan lagu kebangsaan negara, Negaraku.

3. Arena of Stars, Genting Highlands gamat dengan jeritan dari peminat artis masing-masing. Bagaikan perang jeritan, antara yang paling riuh memberi sorakan ialah peminat Aaron Aziz, Dato’ Siti Nurhaliza, Shaheizy Sam, Tasha Shila dan Izara Aisyah.

4. Terdapat 9 buah kamera ketika siaran langsung ABPBH 2011.

5. Sewaktu iklan, penonton di Arena of Stars ditayangkan dengan visual majlis sidang akhbar serta siri jelajah ABPBH 2011. Penonton turut dihiburkan dengan persembahan dari juara Bintang Idola Berita Harian 2011, Kamilia Razwanis dengan lagu Kesal nyanyian Ella.

6. Sistem audio ABPBH agak teruk tahun ini. Selain mikrofon yang membuatkan suara penyanyi, penyampai dan penerima anugerah tenggelam timbul, kesilapan teknikal seperti audio muzik dinaikkan semasa Dato’ Sheila Majid berucap turut mencacatkan majlis anugerah berprestij ini.

7. Faizal Tahir dan Anuar Zain antara penyanyi yang memberi ‘standing ovation’ selepas Dato’ Sheila Majid selesai membuat persembahan lagu hit-nya, ‘Antara Anyer dan Jakarta’ serta ‘Sinaran’.

8. Persembahan ABPBH 2011 diiringi oleh 45 pemuzik di bawah bimbingan Dato’ Haji Ramli M.S.

9. Seorang penonton pengsan dan terpaksa dibawa keluar oleh pasukan penyelamat.

10. Selepas selesai sahaja persembahan Ombak Rindu, Lisa Surihani yang kemudiannya turun melalui tangga utama terus pergi kepada suaminya, Yusry.

11. Dek kerana gaun ‘kembang semangkuk’ yang dipakai Didie Alias ketika menghoskan ABPBH 2011, Artis Komedi Wanita Popular itu dilihat tersungkur ketika di tepi pentas. Malah, gaun kembang sebesar podium pengacara itu juga membuatkan ketiga-tiga hos yang lain terpaksa mencari ruang untuk berada di atas pentas tersebut.

12. Persembahan memukau Azlan The Typewriter dan Ziana Zain membuatkan hampir seluruh tetamu yang hadir bangun memberi ‘standing ovation’. Ketika persembahan, ‘klon’ Ziana Zain mencuri perhatian ramai apabila ‘catwalk’ sambil menyanyi lagu artis kesayangannya itu di tempat penonton.

13. Gara-gara teruja dinobatkan sebagai pemenang, Bintang Paling Popular 2011, Aaron Aziz terlupa dan tertinggal sut tajaan Lord’s Tailor di Genting Highlands. Sut tersebut kemudian dijumpai oleh kru produksi dan diserahkan kepada Aaron dua hari selepas ABPBH 2011 melabuhkan tirai.

14. Tidak sampai lima minit tamat siaran langsung ABPBH 2011, pihak pemganjur telah membuat pengumuman menjumpai sebuah telefon bimbit.

15. Peminat sanggup menunggu artis kesayangan mereka di luar tempat berlangsungnya ‘post-party’ ABPBH 2011 walaupun ketika itu sudah jam 3.00pagi.

16. Paling mendukacitakan apabila sewaktu Dato’ Sheila Majid diumumkan sebagai penerima Anugerah Sepanjang Hayat tiada montage video dipaparkan seperti tahun-tahun sebelumnya. Sewajarnya pengiktirafan terbaik untuk penerima anugerah tertinggi seperti itu disertakan dengan visual montage perjalanan kerjaya Sheila sendiri. Namun yang lebih mengecewakan apabila mendapat tahu montage tersebut memang telah dirakamkan terlebih dahulu tetapi tidak digunakan kerana pengumuman nama Sheila diumumkan sebelum waktunya oleh pengacara Didie Alias. Sayangnya pihak produksi tidak pantas memikirkan kaedah terbaik untuk memperbaiki kesilapan tersebut. Maka, visual montage tersebut tidak langsung digunakan.

3 comments:

  1. Fine way οf tellіng, and pleasant ρaгagгaph to get ԁаtа сoncerning my presentatiοn
    focus, which i am goіng to convеy in academy.


    Alѕo ѵisit my homepаge; bellevue hcg diet
    my webpage: hcg drops for weight loss

    ReplyDelete
  2. Aw, this was an extremely gooԁ pοst.
    Spenԁing ѕome time and aсtuаl effοrt to make a gooԁ article… but
    what can І saу… I procrastinate a whοle lot аnd ԁon't seem to get anything done.

    Also visit my website :: hcg recipes

    ReplyDelete
  3. Wonԁerful, what a blog it is! This blog pгoѵіdes valuablе
    fаcts to uѕ, keep it up.

    Review my weblog: hcg diet plans - fox.kodesigns.co.uk

    ReplyDelete