Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Fasha Sandha Berbulan Madu Di Pulau Redang

Pasangan pengantin baru, aktres Fasha Sandha dan suaminya Rizal Ashram (Jejai) lebih senang untuk bercuti di dalam negara iaitu di Pulau Redang, Terengganu sahaja bagi meraikan bulan madu mereka.

Aktres berusia 28 tahun itu, berkata keputusan itu diambil berdasarkan keindahan panorama kawasan itu yang tidak pernah dikunjunginya sebelum ini.
“Kami akan bercuti di dalam Malaysia sahaja untuk meraikan bulan madu. Saya mahu ke Pulau Redang kerana ia sebuah pulau yang sangat cantik.
“Secara kebetulan, saya tidak pernah sampai ke pulau itu sebelum ini. Jadi, tiada masalah untuk bercuti dalam negara sahaja,” katanya yang merancang untuk pergi berbulan madu pada awal Mei ini.
Ditanya mengenai perjalanan karier lakonannya selepas bergelar isteri, Fasha berkata, dia akan meneruskan kerjaya seperti biasa kerana tiada halangan daripada suaminya.
“Jejai tiada halangan untuk saya terus berlakon selepas ini. Malah, saya tidak akan membataskan kerjaya lakonan cuma saya akan tahu sendiri tanggungjawab dan batas-batas seorang isteri.
“Setiap tawaran lakonan yang saya terima akan kami bincangkan bersama terlebih dahulu,” katanya yang bersedia untuk bergelar ibu pada bila-bila masa sahaja.
Pasangan kontroversi ini dinikahkan oleh bapa kandung Fasha, Hassan Umbichi Moideen pada malam Jumaat lalu di Hotel Crowne Plaza Mutiara dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh kaum keluarga, teman-teman rapat dan wakil media.
Majlis resepsi perkahwinan mereka dijangka berlangsung pada hujung Mei ini di Perlis.
Continue Reading ...

Zizan Dimasukkan Ke Hospital

Anggota kumpulan Angsa Ganas dalam Rancangan Super Spontan iaitu Zizan Abdul Razak di masukkan ke hospital kerana kesihatan yang tidak memberangsangkan. Mari kita doakan semoga Zizan kembali sihat seperti sedia kala. Amin.
Continue Reading ...

Gambar Sekitar Majlis Pernikahan Fasha Sandha Dan Jejai

Dari sumber Rotikaya. Majlis pernikahan eksklusif Fasha Sandha & Rizal Ashram yang lebih melibatkan keluarga dan teman teman rapat berlangsung di Crowne Plaza Mutiara Hotel, Kuala Lumpur bermula sekitar jam 8.30 malam tadi dan resepsi mereka bakal berlangsung di Indonesia.

Linda Onn merupakan pengacara untuk majlis pernikahan Fasha Sandha & Rizal Ashram malam ini dan ya, pengantin perempuan nampak anggun dalam persalinan rekaan duo fesyen terkenal, Rizman Ruzaini.

Continue Reading ...

Aziz Desa masuk ICU

Akibat mengambil ubat tanpa pemeriksaan doktor, Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Center (KTC), Aziz Desa dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Pakar Perdana di sini, kelmarin. Beliau mulanya hanya mengalami kebas tangan dan kaki, sebelum mendapatkan ubat di farmasi.

“Namun, setelah dirujuk pada doktor, kesan daripada ubat itu menyebabkan saya sakit dada, muntah, pening dan jantung berdegup kencang. “Saya kemudian ke hospital ini untuk pemeriksaan dan ditahan di ICU untuk rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Aziz, yang turut mempunyai masalah kencing manis sejak beberapa tahun lalu juga mengakui ubat kebas diambil itu turut memberi kesan terhadap penyakit tersebut. “Tak sangka saya akan seteruk ini, sehingga terpaksa bermalam di wad, dan dipantau doktor setiap masa,” katanya yang dinasihatkan untuk berada di wad itu selama seminggu.

Ditanya sama ada isu yang timbul sepanjang menerajui KTC turut mempengaruhi masalah kesihatannya, Aziz berkata, mungkin kerana terlalu banyak berfikir menyebabkan beliau terleka sehingga mengganggu kesihatan.

“Kerja saya tidak begitu banyak, tetapi mungkin saya terlalu banyak berfikir. Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz masuk wad sebab jaga kerajaan, saya masuk wad sebab jaga KTC,” katanya sambil ketawa.

Sementara itu, Aziz, yang juga pengacara Nasi Lemak Kopi O di TV9, mula menerajui KTC Februari lalu, dan sejak itu pelbagai program dilakukan dalam menaikkan nama pusat konvensyen itu. Bagaimanapun, pelbagai polemik dan salah faham tercetus di sebalik keberanian dan ketegasan beliau ketika menjalankan tanggungjawab diamanahkan.
Continue Reading ...

Gambar Majlis Berinai Sebelum Perkahwinan Fasha Sandha

Gambar Majlis Berinai Sebelum Perkahwinan Fasha Sandha. Malam tadi berlangsung satu majlis berinai kecil buat Fasha Sandha yang mengambil tempat di kediaman ibu beliau di Ampang. Dan, ini gambar untuk tatapan anda semua.Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai) telah pun bernikah pada 27 April 2012 ini disebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Gambar perkahwinan Fasha Sandha akan dikemaskini dari masa kesemasa.








Continue Reading ...

Gambar Pra Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha Al-Yahya Dari Saifulnang

Saiful Nang adalah jurugambar rasmi majlis perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya. Menurut Saiful Nang, konsep fotografi pra perkahwinan untuk bakal mempelai ini ialah bertemakan Best Man Win. Kiranya macam Awal adalah Best Man yang berjaya mencuri hati Scha.
Continue Reading ...

Aksi Berahi Nora Danish Dan Rusdi Ramli Dalam Filem Mencari Cinta

Kali terakhir muncul di layar perak pada 2007 menerusi filem ‘1957: Hati Malaya’, pelakon berbakat besar, Rusdi Ramli kini bakal muncul dengan filem terbaru berjudul, ‘Mencari Cinta’. Filem bergenre romantik ini merupakan filem terbitan Armnet Intergrated Sdn Bhd dan Madiera Red Movie Associates.

“Saya memegang watak sebagai Razlan, seorang pengusaha lembu dan kambing. Walaupun berpelajaran tinggi, dia tetap mahu pulang ke kampung untuk mengerjakan ladang ternakan milik keluarganya. Dia mempunyai tunang bernama Mila lakonan Fouziah Gous, namun Mila telah memutuskan pertunangan mereka tanpa sebab.

“Dia kemudian terpaksa berkahwin dengan Myra lakonan Nora Danish yang ditinggalkan bakal suaminya di saat majlis perkahwinan mereka,” ujar Rusdi ketika ditemui pada majlis pra-pelancaran filem tersebut di Perak-Techno Trade Centre, Ipoh, petang semalam.

“Saya menerima tawaran untuk berlakon filem ini kerana filem ini lain dari yang lain. Cara penceritaannya berbeza dan kepercayaan mereka terhadap saya untuk menggandingkan saya dengan Nora Danish juga membuatkan saya tertarik untuk berlakon dalam filem ini.”

Rusdi ketika ditemui memberitahu berasa bersyukur kerana walaupun sudah berusia 42 tahun, beliau tetap diberi tanggungjawab oleh syarikat produksi bagi menggalas watak sebagai hero. Apabila ditanya mengenai gandingannya dengan Nora yang 11 tahun lebih muda darinya, anak kepada Norlia Ghani ini mengakui tidak mempunyai masalah berlakon dengan Nora.

“Alhamdulillah, orang masih menawarkan saya watak hero. Bagi saya, itulah untungnya pada saiz kecil. Ini kali pertama saya digandingkan dengan Nora dan saya rasa tak kisah serta tak ada masalah dia umur berapa tahun pun. Setakat ini tak ada masalah kerana ia adalah sebahagian dari kerja saya,” ujar Rusdi sambil berkongsi mengenai pengalamannya berlakon aksi romantik dengan Nora.
Continue Reading ...

Hattan dapat gelaran Datuk

Seramai 152 orang termasuk penyanyi 'Hattan' atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin hari ini menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun keputeraan Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah, yang ke-81 bagi tahun 2011.

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkenaan menyampaikan darjah berkenaan kepada semua penerima yang berlangsung di Istana Abu Bakar di sini hari ini. Mendahului senarai penerima ialah anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang kawasan Panching Datuk Mohd Zaili Besar.

Antara penerima DIMP lain ialah Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia Datuk Poziah Abd Rahman, anggota DUN Tanah Rata Datuk Ho Yip Kap, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Datuk Amer Yusof, Ketua Pegawai Operasi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi.

Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Mohd Nazri Abdullah, Setiausaha Eksekutif Kepada Menteri Pertahanan Datuk Rosiah Osman, Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Mat Yusof Yaakup, Pegawai Khas kepada Perdana Menteri Datuk Irmohizam Ibrahim.

Penerima lain ialah Pengarang Berita Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) Karam Singh Walia, Ketua Automotif 7 Pertahanan Sektor DRB-Hicom Berhad Datuk Abdul Harith Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Abu Bakar Ab Rahim, Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Mohamed Suffian Awang.

Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Abdul Karim Mustafa, Pengarah Wilayah Timur SKMM Mohd Shafie Harun, Pegawai Khas kepada Menteri Besar Pahang Datuk Mustapa Long dan Datuk Ahmad Jaafar. Ketua Pemuda Umno Pahang Abu Jimi Samat, Pegawai Tugas-Tugas Khas (Parlimen) kepada Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Habibah Mohd Yusof.

Baginda turut berkenan menganugerahkan Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada 18 penerima, Setia Mahkota Pahang (SMP) (20 penerima), Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP)(18), Ahli Mahkota Pahang (AMP)(38), Pingat Khidmat Cemerlang (PKC)(22), Pingat Kelakuan Terpuji(PKT)(34) dan Pingat Jasa Kebaktian(PJK)(36).
Continue Reading ...

Gambar Siti Nurhaliza dari dulu hingga sekarang

Dato' Siti Nurhaliza binti Tarudin(lahir 11 Januari 1979) ialah seorang penyanyi dan penulis lagu pop dari Malaysia. Selain banyak menerima lebih 100 anugerah tempatan dan antarabangsa. Beliau juga menerima gelaran The Voice Of Asia oleh Alicia Keys di majlis MTV Asia Awards 2005 di Bangkok, Thailand kerana kehebatan vokal sopranonya serta pencapaian terbilang di dalam dan luar negeri. Pada Ogos 2006, beliau bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa; dua bulan kemudian, beliau dikurniakan gelaran Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) oleh Sultan Pahang yang memberi gelaran Dato'. Berikut merupakan gambar Siti Nurhaliza dari dulu hingga sekarang.


1995


1996


1997

1998

2002


2004


2005


2007


2010


2011

2012

Continue Reading ...

Gambar Alesyaa anak Erra Fazira yang comel

Siapa tak kenal dengan heroin jelita Malaya iaitu Erra Fazira. Kejelitaannya diwarisi oleh anaknya iaitu Alesyaa. Jom kita saksikan gambarnya.




Continue Reading ...

Fida Ibrahim Jadi Isteri Kedua VIP?

Pelakon Rafidah Ibrahim (Fida) menepis sekeras-kerasnya dakwaan terbaru kononnya dia sudah bernikah secara senyap-senyap dan menjadi isteri kedua seorang usahawan berstatus VIP pada awal bulan ini di Perlis. Pelakon berusia 26 tahun itu berkata tuduhan tersebut adalah tidak berasas kerana pada waktu tersebut dia sedang berada di lokasi penggambaran sebuah drama.

“Tuduhan saya bernikah secara senyap-senyap adalah tidak betul sama sekali. Ini adalah fitnah kerana pada waktu yang dikatakan saya melangsungkan pernikahan itu, saya berada di lokasi penggambaran. “Jujurnya, saya pun tidak tahu mengenai perkara sehingga ia kecoh diperkatakan di laman Twitter pada baru-baru ini tetapi ia (pernikahan) memang tidak berlaku,” jelasnya ketika dihubungi mStar Online.

Terdahulu, pada Disember tahun lalu mStar Online pernah melaporkan pengakuan aktres itu menjalin hubungan dengan VIP tersebut yang sudah dikenalinya hampir dua tahun lalu menerusi jaringan perniagaan. Difahamkan juga, Fida menyembunyikan hubungan mereka kerana enggan menimbulkan kekecohan memandangkan VIP itu sudah berkahwin.

Ditanya adakah dia cuba menyembunyikan perkara tersebut daripada pengetahuan umum, bekas kekasih kepada pelawak Mamat (Sepah) ini menganggapnya sebagai salah faham. “Perkara ini timbul atas dasar salah faham. Mungkin ada orang yang seiras wajah saya melangsungkan pernikahan pada waktu dan lokasi yang dikatakan itu. “Secara tidak langsung saya pula dikaitkan dengan perkara ini.

Jika benar saya bernikah, tiada apa yang perlu disembunyikan,” katanya. Beralih kepada perkembangan kerjaya, impiannya untuk bergelar penyanyi akhirnya menjadi kenyataan apabila Fida mengesahkan bakal muncul dengan lagu single pertama berjudul Apo Kono Eh Jang yang pernah dipopularkan Ally Noor dan Mastura pada tahun 1980-an “Lagu itu digubah semula dengan susunan baru yang sesuai dengan muzik semasa.

Ia dijangka keluar pada hujung April atau selewat-lewatnya awal Mei depan. “Menariknya, saya akan berduet dengan kumpulan Stellar Band dan diterbitkan oleh Sheikh Qalam,” katanya yang bakal terlibat dalam telefilem Nasib Si Pemandu Limousin.
Continue Reading ...

Saya tak pernah ambil suntikan kata Adira

Jika sebelum ini fenomena filem adaptasi, Ombak Rindu telah memberi populariti terhadap bakat kelahiran Akademi Fantasia musim ke 8, Adira. Kini perubahan kecantikan paras rupanya turut menjadi buah mulut daripada pelbagai pihak.

Kecantikan yang dimiliki penyanyi remaja ini sering mendapat pujian terutama daripada peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan gadis ini sehingga ada yang mahu mengetahui rahsianya.

Bagaimanapun, ada juga di kalangan pihak-pihak tertentu mengandaikan bahawa penyanyi comel ini mengamalkan suntikan untuk kelihatan cantik.

Siti Adira Suhaimi, 21, mengakui kecantikan yang dimilikinya kini tidak ada sebarang kaitan dengan penggunaan suntikan tertentu malah dengan yakin dia mengatakan apa yang ada pada dirinya itu adalah semula jadi.

“Kulit saya memang cerah begini sejak dari kecil lagi dan sehingga kini saya tidak pernah mengambil sebarang suntikan untuk kelihatan lebih gebu. Lagi pun, masyarakat di Kundasang ramai yang ada kulit seperti saya.

“Dulu, saya banyak masa untuk ke pulau, mungkin sebab itu kulit saya tidak secerah sekarang. Oleh kerana jadual harian saya kini terlalu padat dengan aktiviti nyanyian, saya tidak ada masa untuk lakukannya malah, masa luang akan saya manfaatkan untuk berada di rumah bersama keluarga,” katanya.

Adira berkata, dia tidak memiliki sebarang rahsia kecantikan tertentu tetapi hanya mengamalkan pemakanan yang seimbang dan masa rehat yang secukupnya.

“Saya juga ada mengamalkan pengambilan ‘supplement’ sebagai penjagaan kesihatan. Bagi saya, peredaran usia membuatkan saya kini lebih memandang berat terhadap penjagaan diri supaya dapat mengekalkan tahap kesihatan yang ada kalanya tidak menentu.

“Khabar angin yang mengatakan saya ada ambil suntikan itu adalah tidak benar sama sekali. Walaupun mahu sentiasa kelihatan cantik, tetapi saya tidak akan melakukan suntikan itu,” ujarnya.
Continue Reading ...

Gambar Diana Danielle Bertudung

Siapa tak kenal dengan pelakon muda yang jelita kacukkan 'Mat Salleh' iaitu Diana Danielle. Berikut merupakan gambar Diana Danielle bertudung yang diambil dari pengambaran telemovie Sentuhan Isabella, akan datang di RTM1. Kemungkinan dalam watak ini beliau akan menjadi guru. Sama-sama kita nantikan.
Continue Reading ...

Gambar Rozita Che Wan masa muda

Siapa tak kenal dengan pelakon terkenal iaitu Rozita Che Wan yang terkenal dengan keanggunan susuk tubuh dan bakat lakonannya yang digemari ramai. Berikut merupakan foto beliau semasa muda.


Continue Reading ...

Gambar Lisa Surihani sewaktu kecil

Mari lihat koleksi gambar Lisa Surihani ketika masih kecil. Memang comel sangat-sangat Lisa Surihani sejak dari dulu lagi. Bila dilihat, perbezaan muka Lisa dari kecil hingga sekarang memang tak berubah.



Continue Reading ...

Fida kembali bercinta dengan Mamat?

Pelakon, Fida atau Rafidah Ibrahim, 26, akui akan menerima bekas kekasihnya, Mamat Sepah atau Mohd Noor Murad, 27, jika ditentukan Tuhan pelawak itu sebagai jodohnya. Bahkan, Fida berkata hubungannya dengan Mamat Sepah kini sudah terjalin kembali selepas dipertemukan dalam sebuah program televisyen yang pernah disiarkan pada beberapa bulan lalu. Selepas empat bulan tidak bersua, kami dipertemukan dalam program itu.

Selepas program itu juga, kami terus berhubung dan menjalinkan hubungan sebagai rakan semula. Saya menerimanya kembali kerana apa yang berlaku saya sudah maafkannya , malah sudah pun melupakannya. Jadi kami kini berkawan semula dan kami juga ada keluar bersama. Saya sendiri tidak pasti sejauh mana hubungan kami dan saya hanya berserah kepada Tuhan,”katanya yang ditemui ketika siri jelajah pertama Barisan Artis Nasional di Ipoh Perak, kemarin.

Hubungan cinta Fida dan Mamat Sepah berkahir pada Oktober tahun lalu, sejurus selepas tercetusnya ketegangan apabila pelakon komedi itu telah memuat naik foto Fida di laman sosial Facebook yang menampakkan sebahagian rambutnya ketika mereka sama-sama bercuti bersama keluarganya baru-baru ini.

Fida yang ketika itu marah dengan tindakan Mamat serta tertekan dengan tohamahan banyak pihak yang mengatakan dia berani membuka aurat iaitu sebahagian rambutnya sebagai artis bertudung telah membuat keputusan memutuskan hubungan mereka. Kini selepas menjalin hubungan sebagai kawan, Fida akui telah mendapat banyak tentangan daripada pihak lain yang tidak senang dengan hubungannya itu. Namun, menurut Fida, ia langsung tidak menjadi halangan atau mempengaruhinya untuk terus berkawan dengan Mamat Sepah.
Continue Reading ...

Rai Hari Ibu bersama Siti Nurhaliza

Sempena sambutan Hari Ibu Mei ini, penyanyi tersohor tanah air, Datuk Siti Nurhaliza bakal meraikan hari istimewa itu bersama peminatnya dalam majlis ‘Istimewa Hari Ibu… Sepetang bersama Datuk Siti Nurhaliza’ yang akan diadakan pada hari Ahad, 13 Mei 2012 di Hotel Grand Dorsett Subang.

Sekian lama tidak menerima sebarang tawaran untuk mengadakan persembahan pada Hari Ibu, pada kali ini penyanyi yang mesra disapa Siti ini berhasrat menampilkan persembahan istimewa dengan mendendangkan lagu-lagu popular nyanyiannya dan juga beberapa lagu malar segar.

Menurut Siti, persembahan untuk Hari Ibu kali ini pastinya menjanjikan kelainan dengan menerapkan elemen kasih sayang selain dapat mengeratkan hubungan ibu dan anak. “Setelah lama Siti tidak mengadakan persembahan pada Hari Ibu iaitu kali
terakhir pada 2007, kebetulan tawaran ini datang pada masa yang sesuai.

“Jika pada minggu Setiausaha tahun ini Siti berada di Johor Bahru, jadi sambutan Hari Ibu ini adalah bagi mengubati kerinduan peminat di sekitar Lembah Klang yang ingin melihat Siti menghiburkan mereka pada hari istimewa ini,” katanya yang inginkan persembahan yang santai supaya lebih dekat dengan penonton yang datang. Menurutnya lagi, idea dan corak persembahan sudah difi kirkan cuma pelantun lagu Fallin’ In Love ini akan berbincang dengan penganjur bagi menghasilkan persembahan yang lebih mantap dan menarik.

“Dalam fi kiran Siti, banyak idea yang datang untuk sambutan Hari Ibu ini. Antaranya Siti mahu menghiburkan peminat dengan lagu-lagu yang sesuai sempena hari istimewa itu nanti termasuklah lagu-lagu evergreen daripada Datuk Sharifah Aini dan Broery Marantika,” ujarnya yang juga berhasrat mengadakan aktiviti santai yang dapat merapatkan hubungan ibu dan anak.

Selain itu, Siti juga bakal memberikan hadiah istimewa yang disediakan oleh penyanyi ini sendiri buat ibu yang bertuah. Tiket berharga serendah RM250. Tempahan tiket atau sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi Hotel Grand Dorsett Subang.
Continue Reading ...

Movie Review – Battleship 2012

Dah lama rasanya tak buat review filem baru. Lagipun dah lama juga tidak menjejakkan kaki ke panggung wayang. Yala kalau bukan kaki wayang, memang susah nak jejak kaki kat panggung. Bila member dah ajak baru nak pergi.

So sempena cuti-cuti Malaysia ni, aku dan beberapa member bersepakat bersama menghabiskan hari ini di Sunway Pyramid Shopping Mall dan bersepakat menonton filem Battleship 2012. Dengar tajuk hati dah gegar-gegar sebab bunyi macam hebat.

Filem Battleship ni mengisahkan Alex Hooper, dibintangi oleh Taylor Kitsch yang memasuki Tentera Laut mengikuti abangnya. Semasa angkatan Tentera Laut ni melakukan latihan ketenteraan, tanpa diduga, mereka terpaksa berdepan dengan Makhluk Asing yang muncul selepas sekumpulan penyelidik menghantar isyarat ke angkasa lepas.

Bermulah pertempuran sengit antara makhluk asing yang memiliki senjata jauh lebih moden dan pasukan tentera laut yang dipimpin oleh Kapten Alex Hooper.

Filem Battleship ni dibintangi oleh Taylor Kitsch sebagai Alex Hooper dan Brooklyn Decker sebagai Samantha dan beberapa nama; Liam Neeson, Alexander Skarsgård termasuk penampiilan Rihana.

Bagi aku, filem ini adalah filem jelmaan Transformer cuma yang bezanya, filem ni tidak menggunakan robot ke apa tapi pertempuran di laut. Banyak kesan khas digunakan dalam filem ni termasuklah kesan bunyi yang memang sangat berkesan.

Starting filem ni dan jalan cerita agak lemah, ianya tidak dapat menarik perhatian penonton pada awalnya terutamanya aku. Tapi lepas cerita semakin berkembang dan masuk ke bahagian pertengahan cerita, kesan khas semakin banyak digunakan dan sedikit sebanyak menghidupkan filem ni.

Bagi aku, berbaloi juga menonton Battleship 2012 ni walaupun dalam carta IMDB, filem ni tak masuk dalam box office pun. Dan walaupun tak sehebat filem transformer bagi peminat filem aksi macam aku, cukuplah untuk menghiburkan. Aku syorkan korang try tengok filem ni dan bagi respond.

Dan sebelum tu, tengok dulu trailer filem ni;

Continue Reading ...

Kenyataan balas Shafie Apdal mengenai kes skandalnya dengan Zahida Rafik

“Saya mengikuti dengan rapat beberapa laporan di dalam media dan blog-blog tempatan yang telah mengaitkan nama saya dengan satu laporan polis oleh seorang yang bernama Noor Azman bin Azemi (No. K/P: 740214146237) No report AMPANG/007017/12 yang bertarikh 13 Mac 2012 yang mendakwa bekerja sebagai pemandu di bawah saya, dan mengaitkan saya dengan pembayaran wang yang sebegitu banyak kepada seorang artis bernama Zahida Binti Mohamed Rafik,” katanya.

“Dengan ini, saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah TIDAK BENAR sama sekali dan kenyataan-kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluaskan salinan laporan polis berkenaan adalah BERNIAT JAHAT dan BERUNSUR POLITIK semata-mata.

“Sehubungan dengan itu, saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa saja yang terus-terusan memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini.

Sekian, terima kasih.

Dato’ Seri Mohd Shafie Afdal – Putrajaya, 23 April 2012.”


Menurut kenyataan bertulis, Shafie menjelaskan bahawa segala yang tertulis di dalam laporan polis yang dibuat oleh Noor Azman adalah tidak benar sama sekali.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO turut menyifatkan tindakan segelintir pihak yang menyebarkan laporan polis tersebut sebagai berniat jahat yang bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.

Shafie turut menegaskan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berterusan memfitnah dan mengaitkan namanya dengan isu tersebut.

Zahida sebelum ini membuat laporan polis terhadap Noor Azman yang dikatakan telah melarikan sejumlah RM200,000 wang syarikatnya setelah meminta pemandunya itu memasukkan wang tersebut di dalam akaun syarikat perniagaan milik keluarganya.

Noor Azman yang “hilang” sebelum ini muncul dengan membuat laporan polis mendakwa bahawa seorang menteri kabinet menyerahkan wang sejumlah RM1.5 juta kepada seorang artis wanita yang dipercayai bekas majikannya, Zahida.

Spekulasi itu terus meruncing apabila beberapa pemimpin parti politik pembangkang membuat sidang akhbar menyebarkan dakwaan tersebut dengan mengaitkan nama Shafie sebagai menteri terbabit yang memberikan wang beberapa kali kepada Zahida dalam jumlah yang besar.
Continue Reading ...