Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Saya dan Remy tak pernah bergaduh kata Tiz

Jika suatu masa dulu, namanya mula mendapat tempat di hati peminat dengan penampilannya sebagai Nur Amina menerusi drama bersiri, Nur Kasih, namun, kini berbeza pula situasinya.

Sejak mengakui hubungan cintanya bersama pelakon Remy Ishak, Tiz sering dihujani kontroversi, secara tidak langsung mengganggu konsentrasinya pada karier seni.

Akui Tiz, bukan sahaja rimas, malah dia tidak larat untuk menjawab persoalan demi persoalan yang timbul mengenai hubungannya yang dikatakan kini telah berakhir.

“Saya tidak tahu, kenapa kisah peribadi saya lebih mendapat tumpuan dan publisiti berbanding karier saya yang selama ini menjadi nadi kehidupan saya?

“Saya menerima banyak komen daripada peminat yang kurang selesa membaca kisah peribadi saya di dada akhbar dan internet. Mereka lebih suka melihat lakonan saya berbanding isu itu. Jadi, jangan sensasikan lagi kisah peribadi saya,” katanya yang mengakui masih menjalinkan hubungan bersama Remy.

Jelas pelakon filem, Cinta Kura-Kura ini hubungan bersama kekasihnya masih lagi baik dan tidak pernah ada masalah seperti yang diuar-uarkan.

“Ia mungkin salah faham. Dalam hubungan, tipulah kalau tak pernah ada selisih faham. Cuma, pihak yang tidak bertanggungjawab ini cuba memutarbelitkan fakta dan keadaan.

“Saya dan Remy tidak pernah bertengkar sehingga mengeluarkan kata putus dan sebagainya. Hentikan penyebaran gosip yang tidak benar itu,” katanya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri, Dejavu Di Kinabalu untuk siaran TV3 dan bakal berangkat ke Eropah pada Jun depan untuk drama bersiri, Cinta Jangan Pergi untuk TV9.

Dalam perkembangan lain, Tiz mengakui dia menerima banyak tawaran menyanyi daripada sesetengah pihak.

Walaupun pernah menyanyikan lagu Nur Kasih untuk filem Nur Kasih The Movie, namun dia menolak kerana masih belum bersedia untuk menjadi penyanyi.

Sumber : www.xlupa.com

Leave a Reply