Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Liyana Jasmay Bertunang 28 Mac

Pelakon dan penyanyi terkenal, Liyana Jasmay bakal bertunang hujung bulan ini iaitu 28 Mac 2012 dengan jejaka pilihan hatinya.

Liyana Jasmay

Liyana Jasmay

Tarikh pertunangannya itu yang jatuh pada tarikh hari ulang tahunnya yang ke-24 disahkan sendiri oleh ibu Liyana Jasmay, Puan Habshah menerusi sebuah laman portal hiburan tempatan.

Dalam kenyataan tersebut, ibu Nana sempat memberitahu bahawa Nana dan bakal tunangnya,Fathuddin Mazlan sudah lama berkenalan tetapi mula rapat dalam dua atau tiga bulan ini.

“Mereka sudah lama berkenalan memandangkan tinggal berjiran tetapi mula rapat baru-baru ini. Perkara yang berlaku sangat pantas tetapi inilah yang dikatakan jodoh”

“Sebagai seorang ibu, saya tumpang gembira dengan hubungan ini dan semestinya mengharapkan yang terbaik buatnya”

Bercerita tentang persiapan majlis pertunangan yang akan diadakan di rumah keluarganya pada sebelah malam, Puan Habshah memberitahu segalanya sudah selesai 80 peratus dan berjalan dengan lancar.

Pemenang Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-22 (FFM22) ini dikatakan bakal menyarungkan gaun moden rona putih gading rekaan Rizman Ruzaini yang berkonsepkan puteri diraja Inggeris berharga RM10,000.

Sumber : www.forblogger.net/tag/pelakon-liyana-jasmay

Leave a Reply