Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Lagu Bawaku Pergi Haram?

Nampaknya isu ini telah pun sampai kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menentukan pengharam lagu ini.

Lagu yang dinyanyikan oleh Zizan Raja Lawak dan penyanyi baru Kaka ini dikatakan mengandungi mesej yang agak tidak sesuai kepada mereka yang mendengarnya. Namun apabila diminta untuk mengulas isu ini, Zizan berkata kepada portal Murai:-


Ia hanya lagu sahaja untuk hiburan pendengar dan bukan ada maksud nak menghasut remaja untuk lari dari rumah. Saya rasa orang kita sekarang bijak dan tidak sebodoh itu menilai lirik lagu saya itu kerana ia hanyalah sebuah lagu dan cerita fantasi percintaan.

Kebiasaan lirik sebuah lagu itu adalah angan-angan dan fantasi seseorang, sama juga seperti contoh lirik ‘ku menunggumu seribu tahun’ tapi realistik atau tidak lirik itu dengan kehidupan kita? Samalah dengan lirik lagu ini.

Tak mungkin dengan lagu sahaja boleh mempengaruhi seseorang. Kalau begitu bagaimana pula dengan filem-filem Gangster dan Rempit pula? Tidak semestinya lepas orang menonton filem itu terus mereka melakukannya kerana ia hanya sebuah filem untuk hiburan sahaja.

Sementara itu pencipta lagu Bawaku Pergi iaitu Malique Too Phat berkata kepada wartawan Mstar yang lirik lagu tersebut adalah imaginasi dirinya untuk bercuti bersama isteri, Melissa Maureen Rizal ke Bali, Indonesia. Kata Malique:-
"Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dan lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya.

Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, 'puncak dunia kita duga'.

Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua 'pentafsir profesional' gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, 'pergi lebih lama, pergi lebih jauh'. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.

Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja. Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang 'niat' lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari yang berkenaan yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.

Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don't let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.

"Saya ada soalan terakhir untuk semua.

Siapa yang sebenarnya negatif?

Malique

Lyricist and songwriter, BAWAKU PERGI.

Leave a Reply