Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Hujan luar biasa punca 15 lokasi di KL banjir

Kadar hujan yang tinggi di sekitar ibu negara, yang turun antara jam 6.45 petang hingga 11.30 malam semalam, punca beberapa kawasan di ibu negara dinaiki airdan mengakibatkan banjir kilat.

Antara kawasan terlibat adalah Lorong Rhu Pertama dan Persiaran Madge di Ampang Hilir; PPR Hiliran Ampang, Lorong Kiri 14 dan 15 serta Jalan Keramat 1 dan 2 di Datuk Keramat; Jalan Limau Kasturi, Bangsar; Jalan Liew Weng Chee Off Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Melaka; Kampung Pasir Baru, Jalan Klang Lama; Jalan Travers, Brickfields, Jalan Bandar; Jalan Loke Yew; Jalan Sultan Salahuddin dan Jalan Munshi Abdullah.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, laporan Jabatan Meteorologi Malaysiamenunjukkan hujan yang turun secara berterusan dalam tempoh empat jam 45 minit itu telah mengakibatkan paras air di beberapa kawasan di sepanjang Sungai Kelang mencatatkan paras amaran.

Menurutnya, kesan hujan lebat itu juga mengakibatkan 15 kawasan dilanda banjir kilat yang dinaiki air antara 0.3 hingga 1.3 meter kecuali di Kampung Periuk, Kampong Bharu mencatatkan bacaan paras air sehingga lebih dua meter.

"Daripada kawasan yang dinaiki banjir kilat tersebut, hanya satu (1) kawasan melibatkan pemindahan sementara iaitu di Kampung Periuk, Kampong Bharu yang dinaiki air sedalam tujuh kaki(2.1 meter).

“Seramai 784 penduduk melibatkan 174 keluarga dipindahkan serta-merta ke Dewan Orang Ramai, Kelab Sultan Sulaiman Kampong Bharu. Bagaimanapun, setelah banjir surut penduduk dibenarkan kembali ke rumah masing-masing selepas jam 12.30 tengah malam tadi,"katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.

Beliau berkata, pihak DBKL turut menerima tiga laporan dan aduan berkaitan tanah mendap dan tanah runtuh kesan hujan lebat yang berlaku semalam.

Kejadian pertama berlaku di Jalan Belfield, Kampung Attap Kuala Lumpur di Kuaters JKR yang dihuni oleh lapan keluarga.

Katanya, tindakan pantas pihak DBKL bersama-sama Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah berjaya memindahkan awal keluarga-keluarga yang terlibat untuk berpindah ke rumah-rumah saudara mara masing-masing.

"Bagaimanapun kejadian itu telah mengorbankan seorang mangsa berumur 13 tahun yang tertimbus sehingga paras dada ketika kejadian dan meninggal dunia di hospital.

"Siasatan lanjut sedang dijalankan oleh pihak JKR dan pemantauan mengenai pergerakan tanah dan keselamatan di kawasan tersebut terus dilakukan oleh pihak DBKL dan PDRM,"katanya.

Kejadian tanah mendap juga berlaku di Jalan Nipah iatu berhadapan IbuPejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) dan Jalan Robson, Taman Seputeh. Pihak Jabatan Kerja Awam dan Saliran DBKL menutup kedua-dua laluan tersebut bagi tujuan keselamatan dan pemantauan.

Difahamkan daripada tinjauan dan bancian petugas DBKL mendapati dianggarkan lebih 16 buah kenderaan terperangkap dan rosak akibat banjir kilat tersebut.

Leave a Reply