Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Ahmad Idham Anggap Astro First Rosakkan Industri Filem

Penerbit filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri menganggap penayangan filem tempatan menerusi saluran Astro First akan merosakkan industri perfileman tempatan dengan lebih mudah.

Ahmad Idham berpendapat, berdasarkan dua buah filemnya iaitu Hantu Bonceng dan Senjakala yang telah pun disiarkan di saluran berkenaan, nilai eksklusif sesebuah filem akan terus merudum selain bilangan penonton di panggung wayang akan berkurangan pada masa akan datang.

"Saya percaya setiap stesen televisyen mempunyai matlamat masing-masing dalam memuaskan hati penonton mereka.

"Tetapi berdasarkan pandangan saya, industri filem tempatan akan hancur kerana pada masa akan datang masyarakat tidak akan berminat untuk menonton wayang kerana selepas dua minggu tayangannya di panggung, ia dengan mudah boleh didapati menerusi Astro First.

"Bukan itu sahaja, industri cetak rompak juga semakin ligat merakam filem-filem yang disiarkan itu dengan mudah. Sebab itu kita dapati karya-karya tempatan dengan cepat berada di laman Youtube," tegasnya yang ditemui pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara stesen televisyen TV3 dan syarikatnya, Excellent Pictures di Hotel One World, di sini, Khamis.

Justeru itu, Ahmad Idham mengambil langkah untuk kembali ke 'konsep lama' di mana filem-filem terbitannya hanya boleh disiarkan di stesen televisyen selepas beberapa bulan tamat tayangan di panggung.

Dan selepas membuat perbincangan bersama, Excellent Pictures akan bertindak sebagai pembekal eksklusif kesemua filem terbitan produksi tersebut untuk TV3 selama dua tahun.

"Dalam kolaborasi ini kami membuat perjanjian situasi menang-menang di mana pihak TV3 hanya akan menayangkan filem-filem terbitan Excellent Pictures selepas beberapa bulan tayangannya tamat di panggung.

"Dan jangka masanya tidak tentu sama ada siarannya akan dikeluarkan lebih awal atau ketika di musim-musim perayaan tertentu.

"Dengan cara ini, sekurang-kurangnya penonton di panggung tidak akan berasa rugi selain filem-filem tempatan kita akan menjadi lebih eksklusif," ujarnya.

Antara filem-filem yang bakal disiarkan di TV3 ialah Jangan Pandang-Pandang, Gerimis Mengundang, Mail Lambung dan Cinta Atas Tar.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Operasi, rangkaian televisyen, Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, produksi Excellent Pictures menjadi pilihan pihaknya selepas melihat kejayaan filem dan drama terbitan syarikat tersebut yang berjaya menarik perhatian pelbagai golongan penonton.

"Sebelum ini kami pernah bekerjasama dan sememangnya sudah ada keserasian memahami cara kerja masing-masing.

"Menerusi kolaborasi ini, ia memudahkan kedua-dua belah pihak dalam memasarkan filem dan produk yang dihasilkan dengan lebih efektif.

"Dalam pada itu, pihak kami juga perlu peka dalam memberikan siaran yang terbaik buat penonton," katanya.

2 comments:

  1. filem yg ditayangkan tu astro dah buat perjanjian dah dgn pembuat filem nya. suka sama suka la.. rasa x suka x payah la tayang filem kau dekat situ. abes cerita...nanti2 last keluar jugak dkat astro ria

    ReplyDelete
  2. Tu pun nak kecoh la dia ni. . .ketara sangat dia buat filem utk duit saja bukan utk kepuasan penonton. . .

    ReplyDelete