Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Shaheizy Sam mahu jadi penyanyi?

Shaheizy Sam yang membintangi Adnan Sempit 2 yang berjaya mencapai kutipan RM berjuta-juta baru-baru ini, telah menyatakan hasratnya untuk beralih kepada bidang nyanyian pula. Nak dijadikan artis serba boleh seperti Awie, Erra Fazira, Ziana Zain dan lain-lain. Kalau tak silap Sam ni dulu memang kumpulan nyanyian, M.O.B..

Bakat Sam ini telah dicungkul kembali apabila filem terbarunya berjudul "Aku Ada Kau Ada" memerlukan dirinya untuk menyanyikan lagu tema filem tersebut. Malahan lagu yang sudah dimainkan di corong-corong radio turut menerima sambutan baik daripada peminat sehingga berjaya memasuki carta program "Muzik-Muzik".

"Kalau diikutkan, minat saya sejak dari kecil adalah untuk bergelar sebagai penyanyi. Namun apabila sudah dewasa, tawaran berlakon muncul dan menyanyi pula tiada. Oleh itu saya pendamkan sahaja niat ini. Namun sekiranya ada yang meminta saya untuk menyanyi secara serius, rasanya tidak mungkin. Saya tak mampu untuk menandingi penyanyi yang ada di Malaysia kerana majoritinya ramai yang hebat," ujar Sam
Continue Reading ...

Abby Abadi kini bertudung selepas menunaikan Umrah

Alhamdulillah, kini pelakon, Abby Abadi sudah mula bertudung dan bakal membuat keputusan ini untuk selamanya. Ini disebabkan menurut sumber, ketika Abby menunaikan umrah untuk pertama kalinya pada 15 hinggalah 26 Mac baru-baru ini. Sebelum ini kita juga pernah melihat penampulan Abby bertudung dalam lokasi, seperti drama Gerak Khas di TV2.

“Takut juga kalau terjadi senario sekejap pakai dan sekejap buka tudung. Alhamdulillah, dua hari sebelum kembali ke Kuala Lumpur, di depan Kaabah saya nekad untuk bertudung sekali gus berdoa semoga Tuhan tetapkan iman saya untuk kekal begini.

“Saya juga berharap perubahan ini tidak akan menjadi masalah atau beban buat orang sekeliling. Apatah lagi hal bertudung ini sering diperkotak-katikkan, terutama apabila ia membabitkan individu yang memilih kerjaya seni untuk mencari rezeki,

“Namun, syukurlah, kali pertama menjadi tetamu Allah kesihatan saya sentiasa baik. Saya juga sempat menunaikan umrah sebanyak tiga kali, mencium batu Hajarul Aswad dua kali, dapat menyentuh Kaabah, memasuki Raudhah dan banyak lagi."
Continue Reading ...

Zizan dengan kereta barunya

Dikhabarkan Zizan (Raja Lawak) baru sahaja membeli sebuah kereta Evo 10 ni di Mutiara Motor Larkin. Syarikat Mutiara Motor adalah kepunyaan suami Juliana Banos.

Kereta model Evo 10 yang Zizan beli ni bukan macam spec biasa daripada kilang tetapi telah dituned dengan Performance Part M7. Setelah dituned, kuasa kuda (horse power) kereta ni boleh mencecah sehingga 480hp.

Dengan horse power macam tu, memang berdesup la kereta ni atas highway. Sebelum ini Zizan menggunakan Subaru Impreza WRX STI





Continue Reading ...

Rozita Che Wan Nafi Kahwin Dengan Datuk K

Rozita dikatakan akan berkahwin dengan Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) yang juga isteri penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin.

Rozita menepis tuduhan tersebut selain menganggap ia bukan sesuatu yang remeh tetapi sangat mengaibkan.

Rozita berkata, jika dia bertemu dengan lelaki yang mempunyai banyak harta dan kaya raya tetapi tidak menghargai dirinya, hubungan itu tidak mempunyai apa-apa erti.

Katanya, dalam sesebuah kehidupan, sokongan moral daripada seorang suami untuk isterinya adalah perkara yang lebih penting daripada menilai melalui harta.

“Kepada saya, kasih sayang itu sebenarnya akan membuatkan kita bersemangat untuk berjaya. Ia amat penting. Lelaki yang kaya boleh pikat kita dengan duit dan cinta itu tidak ada apa-apa makna bagi mereka. Saya tak mahu lelaki seperti itu dan juga yang panas baran,” katanya.

Bercerita mengenai dakwaan dia diminati VIP, Rozita memberitahu, golongan itu sebenarnya lebih cenderung mencari wanita-wanita muda berbanding dirinya, seorang ibu tunggal yang mempunyai dua orang anak.
Continue Reading ...

Lagu Bawaku Pergi Haram?

Nampaknya isu ini telah pun sampai kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan. Menterinya, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan untuk menentukan pengharam lagu ini.

Lagu yang dinyanyikan oleh Zizan Raja Lawak dan penyanyi baru Kaka ini dikatakan mengandungi mesej yang agak tidak sesuai kepada mereka yang mendengarnya. Namun apabila diminta untuk mengulas isu ini, Zizan berkata kepada portal Murai:-

Ia hanya lagu sahaja untuk hiburan pendengar dan bukan ada maksud nak menghasut remaja untuk lari dari rumah. Saya rasa orang kita sekarang bijak dan tidak sebodoh itu menilai lirik lagu saya itu kerana ia hanyalah sebuah lagu dan cerita fantasi percintaan.

Kebiasaan lirik sebuah lagu itu adalah angan-angan dan fantasi seseorang, sama juga seperti contoh lirik ‘ku menunggumu seribu tahun’ tapi realistik atau tidak lirik itu dengan kehidupan kita? Samalah dengan lirik lagu ini.

Tak mungkin dengan lagu sahaja boleh mempengaruhi seseorang. Kalau begitu bagaimana pula dengan filem-filem Gangster dan Rempit pula? Tidak semestinya lepas orang menonton filem itu terus mereka melakukannya kerana ia hanya sebuah filem untuk hiburan sahaja.

Sementara itu pencipta lagu Bawaku Pergi iaitu Malique Too Phat berkata kepada wartawan Mstar yang lirik lagu tersebut adalah imaginasi dirinya untuk bercuti bersama isteri, Melissa Maureen Rizal ke Bali, Indonesia. Kata Malique:-
"Pagi tadi, Zizan menelefon saya, mengatakan surat dah diterima dan lagu BAWAKU PERGI harus dihentikan penyiarannya. Tanpa perbicaraan, tanpa peluang tertuduh untuk membela diri. Tidak adil, saya merasakan bahawa Zizan, Kaka dan saya telah ditindas. Pada tahun 1998, saya menulis lagu PERGI JAUH untuk isteri saya.

Lagu itu berkisarkan kami yang berangan-angan untuk pergi bercuti di tepi pantai Bali. Pada tahun 2012 pula, saya menulis lagu BAWAKU PERGI sebagai susulan kepada lagu PERGI JAUH. Lagu ini berkisar mengenai kehidupan saya yang setelah beberapa tahun berkahwin tapi masih sibuk dengan kerja dan jarang-jarang dapat pulang bersama dengan isteri. Lagu ini dicipta dari point of view si sang isteri untuk suaminya. Sang isteri berangan-angan mahu bercuti ke Tibet/Nepal sebagai tempat berbulan madu. Kerana itulah datangnya ayat, 'puncak dunia kita duga'.

Setiap orang yang mempunyai asas geografi, akan tahu yang puncak dunia adalah di Himalaya. Di situ jugalah wujudnya haiwan mitos Yeti yang dikatan mendiami tanah tinggi di situ. Mengapa semua 'pentafsir profesional' gagal untuk mengulas tentang bait tersebut? Saya selalu mengidam untuk pergi ke Indochina melalui jalan darat, 'pergi lebih lama, pergi lebih jauh'. Saya tiada masa untuk meletakkan diri saya dalam fikiran seorang remaja kerana zaman itu telah lama saya tinggalkan.

Saya menulis sebagai seorang dewasa dan jika ada pihak kurang matang yang mendengar lagu saya dan bertindak bodoh, itu bukan hal saya. Saya gemar mengembara, dunia ini ada 196 negara, dan sempadan dunia saya tidak berakhir di Siam. Saya mempunyai kebebasan untuk mengembara dan menceritakannya kepada sesiapa sahaja. Pada asalnya, lagu BAWAKU PERGI adalah lagu Ella featuring Malique tetapi ditukar kepada Kaka & Zizan atas permintaan Zizan sendiri. Dia menyukai lagu tersebut dan tiada timbul persoalan langsung tentang 'niat' lagu tersebut. Jika lagu ini diharamkan, tanpa disoal, tanpa dibicara, saya menuntut keadilan dari yang berkenaan yang telah menghukum rakyatnya dan menidakkan hak dan kebebasan saya untuk bersuara.

Orang yang patut diharamkan adalah orang yang mengusul perkara ini. Memalukan, pakcik. Saya tiada masa untuk berbalah dengan manusia yang negatif, lemah dan sangat senang dibunuh dengan kata-kata. Salahkan diri sendiri, jika dah membesarkan anak selama 20 tahun tapi dengar lagu 4 minit, dia dah lari. Be strong pakcik, bukan semua benda dalam dunia ini berniat untuk mencederakan anda dan keluarga anda.

Saya juga ada kehidupan saya sendiri. Its just a song. If you dont like a certain food, you just leave it. You dont go around telling the whole country that they shouldnt taste it too. To whomever it may concern, you can start by being fair if not smart. Don't let the world laugh at you over another childish issue blown out of proportion. Jangan senang-senang nak haramkan sesuatu dan menutup periuk nasi orang.

"Saya ada soalan terakhir untuk semua.

Siapa yang sebenarnya negatif?

Malique

Lyricist and songwriter, BAWAKU PERGI.
Continue Reading ...

Liyana Jasmay Kini Tunang Kepada Fathuddin

Pelakon dan penyanyi popular, Liyana Jasmay kini sah menjadi tunangan kepada ahli perniagaan, Fathuddin Mazlan, 28 tahun, dalam satu majlis yang diadakan di kediaman keluarganya, di Kemensah Height, jam 9.00 malam tadi.

Istimewanya, majlis pertunangan ini turut diadakan bersempena ulangtahun kelahiran Liyana ke-24 yang jatuh pada hari yang sama. Turut diumumkan pada majlis tersebut ialah tarikh pernikahan mereka yang bakal berlangsung pada 24 Januari 2013.

Pada majlis itu, upacara menyarungkan cincin pertunangan telah disempurnakan oleh ibu Fathuddin, Puan Hajah Jamilah disaksikan ahli keluarga terdekat.
Continue Reading ...

Awal dan Scha nikah pada 4 Mei ini

Setelah hampir tiga tahun menyulam cinta, akhirnya Awal Ashaari dan Scha Al Yahya memilih 4 Mei ini sebagai momen bermakna buat mereka, disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Berita gembira ini disampaikan oleh pasangan romantis ini dalam satu sidang media di Flora Cafe, Ampwalk, Jalan Ampang, petang semalam.

Majlis sidang media itu turut dihadiri oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari, 31, berkata majlis pernikahan mereka akan diadakan di Hotel Pullman, Putrajaya, pada jam lapan malam.

Manakala, majlis resepsi pula akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 6 Mei, juga pada jam lapan malam.

Katanya, dia merasa sangat gembira dan bersyukur kerana impian untuk memiliki Scha sebagai suri hidupnya akan termakbul sedikit masa lagi.

“Setelah dua tahun enam bulan bercinta, keluarga saya telah menghantar rombongan merisik pada 30 Mei tahun lalu.

“Pada mulanya kami telah merancang untuk melangsungkan perkahwinan kami lebih awal, cuma jadual kerja yang padat dan masalah tempahan dewan membuatkan kami melewatkan sedikit tarikhnya.

“Namun, apabila pihak PICC menghubungi kami mengenai kekosongan dewan, dua bulan lalu, barulah kami membuat segala persiapan,” katanya.

Lebih istimewa, Astro selaku penyiar rasmi, akan menyiarkan secara siaran langsung majlis pernikahan pasangan mempelai ini dan turut menyiarkan empat episod khas segala persiapan perkahwinan mereka.

Manakala majlis persandingan akan disiarkan secara rakaman.

Scha atau Sharifah Norazean Syed Mahadzir, 29, meluahkan rasa terharunya apabila banyak pihak sudi menaja majlis perkahwinan mereka.

Katanya, biarpun persiapan dilakukan hanya dalam masa dua bulan, namun sehingga kini, sudah 70 peratus persiapan disiapkan.

“Alhamdulillah, persiapan kami kini sudah mencapai 70 peratus. Kami bersyukur kerana ramai yang membantu mempermudah persiapan majlis ini,” katanya yang sudah menghadiri kursus kahwin pada penghujung bulan Januari lalu bersama Awal.
Continue Reading ...

Kisah Sebenar Rumah Mawi Kena Rompak

“Jangan bising.. duit, emas”. Hanya itu yang diungkapkan empat perompak yang memecah masuk kediaman penyanyi terkenal negara Asmawi Ani, 30, atau lebih dikenali Mawi, di Bangi Golf Resort dekat sini kira-kira jam 4.30 pagi tadi.

Mawi ketika kejadian baru sahaja menghabiskan lawatan kerja bersama media di Johor Bahru kira-kira jam 2 pagi sebelum menghabiskan masa melayan anaknya, Cahaya Malaika sebelum masing-masing tidur sekitar jam 3 pagi.

Menurutnya, tiba-tiba pintu biliknya diketuk kuat dan isterinya, Nora’Asikin Rahmat membuka pintu kerana menyangkakan ada kecemasan ekoran neneknya Salmah Sahan, 77, tidur di bilik sebelah.

“Ekin buka pintu dan tidak menyangka sesuatu yang buruk akan berlaku sebelum terkejut diacukan parang ke leher oleh salah seorang daripada tiga penjenayah yang berdiri di pintu bilik utama.

“Seorang daripada mereka sedang menggeledah bilik sebelah sementara tiga lagi membawa nenek ke bilik kami dan mengikat kaki dan tangan saya, isteri, nenek mertua dan ibu mertua, Fatimah Saad, 55 yang berada di dalam bilik utama ketika itu,” katanya.

Mawi berkata, perompak tersebut merampas rantai emas yang dipakai neneknya dan juga wang tunai serta empat telefon bimbit dianggarkan kerugian yang dialami sekitar RM10,000.

Beliau berkata perompak kemudian melarikan diri menerusi tingkap di bahagian dapur.

Mawi, yang masih trauma dengan kejadian itu, berkata beliau dapat menyelamatkan dirinya dan anggota keluarganya dengan membuka ikatan menggunakan giginya.

"Selepas itu saya terus menghubungi talian kecemasan 999 untuk membuat laporan," katanya.

Mawi berkata beliau beliau tidur lewat selepas pulang daripada promosi Jelajah Anugerah Bintang Popular Berita Harian di Johor Baharu kira-kira 2 pagi.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Abdul Rashid Abdul Wahab ketika berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan bagi rompakan berkumpulan dan rompakan bersenjata.
Continue Reading ...

Taiyuddin Mahu Kahwin Tahun Ini

Pelakon Taiyuddin, 29, merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini apabila mendapati kedudukan kewangannya semakin stabil selepas popular menerusi filem Hantu Bonceng selain menerima pelbagai tawaran berlakon.

Taiyuddin atau nama sebenarnya, Sallehuddin Abu Bakar berkata, dia tidak menyangka selepas 10 tahun berada di bidang lakonan, barulah kerjayanya itu mula diberi perhatian sehingga membuatkan dia terpaksa menolak beberapa tawaran kerana jadual yang padat.

"Alhamdulillah, jika sebelum ini saya selalu termenung kerana tidak ada tawaran lakonan, sekarang ini saya termenung lagi, bilalah saya dapat berehat.

"Kerana rezeki yang diperoleh juga, saya bercadang untuk berkahwin pada tahun ini. Usia saya semakin meningkat dan saya mahu menimang anak serta melihatnya membesar di depan mata.

"Kalau saya kahwin ketika umur 30-an, mungkin saya tidak sempat melihat anak sendiri membesar. Semoga perancangan ini menjadi Insya-Allah," tuturnya yang juga berlakon dalam Apa Celop, yang kini disiarkan setiap Isnin sejak 20 Februari di TV3.

Tambah Taiyuddin yang terkenal dengan aksi komedi selamba, dia sebenarnya bukanlah seorang pelawak sebaliknya sekadar berlakon mengikut watak yang diberi.

Dalam pada itu dia juga mengakui berasa pelik dan segan apabila ditegur peminat kerana tidak sangka dirinya akan dikenali ramai.

"Walaupun kerja saya sebagai seorang pelakon, saya merasakan tidak mungkin diri ini akan popular kerana ada yang lebih hebat lakonannya daripada saya. Tambah pula ramai yang mempunyai pakej yang lengkap.

"Cuma, apabila sudah menjadi perhatian, saya perlu berhati-hati daripada segi kelakuan yang mungkin tidak akan menyenangkan masyarakat.

"Nak hisap rokok di depan orang pun saya tak buat kerana menghormati peminat-peminat yang menyokong saya," katanya.
Continue Reading ...

Serangan Jantung Dan Dadah Punca Kematian Whitney Houston

Punca sebenar kematian diva terkenal, Whitney Houston telah diketahui apabila ujian toksilogi mendapati Whitney sebelum kematiannya telah mengambil dadah jenis marijuana, Xanax, ubat penenang otot (Flexeril) dan ubat alergik (Benadryl).

Whitney, 48, yang ditemui mati lemas di dalam tab mandi di hotel penginapannya di Los Angeles bulan lalu di dapati mempunyai dadah dalam sistem badannya.

Perkara berkenaan terkandung dalam laporan bedah siasat yang diumumkan oleh pakar forensik yang diketuai oleh koroner, Craig Harvey.

Menurut Craig, akibat pengambilan pelbagai jenis dadah dan ubat-ubatan penenang, Whitney dilaporkan telah mengalami serangan jantung sebelum tersemban ke dalam tab mandi tersebut.

“Penggunaan ubat berkenaan menyebabkan Houston mengalami serangan jantung,” katanya.

Pendedahan itu menamatkan spekulasi mengenai punca sebenar kematian penyanyi tersebut pada 11 Februari lepas, iaitu pada malam menjelang anugerah Grammy Awards.

Bagaimanapun jumlah kandungan dadah dalam badannya itu tidak didedahkan sebaliknya laporan penuh autopsi akan dikeluarkan dalam masa dua minggu.

Keluarga dan rakan-rakan penyanyi yang popular dengan lagu I Will Always Love You itu sebelum ini tidak percaya dadah sebagai punca utama kematiannya malah mereka tidak yakin Whitney mengambil dadah.

Mendiang telah dikebumikan di tanah perkuburan New Jersey, bersebelahan dengan kubur bapanya pada satu majlis pengkebumian yang turut dihadiri oleh keluarga, rakan dan selebriti termasuk Oprah Winfrey, Tyler Perry, Alicia Keys, Mariah Carey, Mary J. Blige, Jennifer Hudson dan Roberta Flack.

Sebelum menemui ajal, Houston cuba kembali semula ke pentas hiburan malah dia sempat menyiapkan lakonannya dalam filem Sparkle yang mana dia turut menyanyikan lagu His Eye is on the Sparrow.
Continue Reading ...

Tarikh Perkahwinan Awal Ashaari Dan Scha Al Yahya Diumum Pada 27 Mac 2012

Akhirnya tanda tanya mengenai tarikh perkahwinan Awal Ashaari dan Scha Al Yahya telah terjawab apabila pasangan kekasih pelakon dan pengacara ini akan mendedahkan kepada pihak media mengenai tarikh perkahwinan mereka.

Perkahwinan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari bakal berlangsung 27 Mac 2012, Selasa depan dan jemputan berbentuk kad telah dikirim kepada pihak media pada petang semalam (Rabu).
Majlis pengumuman tarikh perkahwinan Scha dan Awal bakal berlangsung di Ampwalk, Jalan Ampang dekat sini dan dijangka bermula pukul 3 petang yang sudah mesti akan dihadiri oleh pasangan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari.

Kalau diikutkan, tarikh pernikahan Scha Al Yahya dan Awal Ashaari dah lepas iaitu sama dengan tarikh perkahwinan Lisa Surihani dan Yusry KRU yang masih berbulan madu di luar negara.
Oh ya! Jangan lupa Selasa minggu depan, kami akan kongsikan info mengenai Pengumuman tarikh perkahwinan pasangan bakal ‘Wedding Of The Year’ ini nanti
Continue Reading ...

Yuna Kecewa Dituduh Campuri Kerjaya Qi

Penyanyi Yunalis Zarai atau Yuna mengakui terluka apabila dituduh menjadi penyebab penyingkiran Qi Razali daripada program Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) terbitan TV3.

Yuna berkata, dakwaan dia mencampuri urusan tugas Qi adalah tidak benar sama sekali kerana pengunduran kekasihnya itu adalah atas kehendak sendiri.

"Qi sebenarnya mengambil keputusan untuk menarik diri kerana ingin memberikan tumpuan kepada bidang lakonan dan bukannya disingkirkan kerana mempunyai masalah disiplin. Itu tidak benar.

"Saya pula tidak ada kena mengena apabila ada pihak mendakwa saya menjadi punca dia menyebabkan penyingkirannya itu," ujarnya kepada mStar Online.

Yuna ditemui ketika menghadiri pelancaran Youtube Malaysia di sini pada Khamis.

Tambah Yuna, tuduhan itu tidak berasas kerana dia jarang berada di Malaysia dan sekiranya kembali ke tanah air, mereka juga sukar untuk berjumpa kerana Qi sibuk dengan penggambaran.

"Saya tiba di Malaysia minggu lalu tetapi hanya dua tiga hari lalu baru dapat bertemu dengannya kerana dia begitu sibuk. Tetapi saya memahami kerana masing-masing pun sibuk dengan pelbagai agenda.

"Bagaimanapun kami sempat berbual mengenai perkara ini dan Qi ada memberitahu saya dia rasa sedih apabila ada pihak menuduhnya sebegitu dan melibatkan saya," ujarnya.

mStar Online sebelum ini melaporkan Qi kononnya disingkirkan menjadi pengacara JJCM kerana menghadapi masalah disiplin apabila terlalu kerap bertemu dengan Yuna sehingga mengabaikan tugasnya.
Continue Reading ...

Ahmad Idham Anggap Astro First Rosakkan Industri Filem

Penerbit filem, Ahmad Idham Ahmad Nadzri menganggap penayangan filem tempatan menerusi saluran Astro First akan merosakkan industri perfileman tempatan dengan lebih mudah.

Ahmad Idham berpendapat, berdasarkan dua buah filemnya iaitu Hantu Bonceng dan Senjakala yang telah pun disiarkan di saluran berkenaan, nilai eksklusif sesebuah filem akan terus merudum selain bilangan penonton di panggung wayang akan berkurangan pada masa akan datang.

"Saya percaya setiap stesen televisyen mempunyai matlamat masing-masing dalam memuaskan hati penonton mereka.

"Tetapi berdasarkan pandangan saya, industri filem tempatan akan hancur kerana pada masa akan datang masyarakat tidak akan berminat untuk menonton wayang kerana selepas dua minggu tayangannya di panggung, ia dengan mudah boleh didapati menerusi Astro First.

"Bukan itu sahaja, industri cetak rompak juga semakin ligat merakam filem-filem yang disiarkan itu dengan mudah. Sebab itu kita dapati karya-karya tempatan dengan cepat berada di laman Youtube," tegasnya yang ditemui pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) antara stesen televisyen TV3 dan syarikatnya, Excellent Pictures di Hotel One World, di sini, Khamis.

Justeru itu, Ahmad Idham mengambil langkah untuk kembali ke 'konsep lama' di mana filem-filem terbitannya hanya boleh disiarkan di stesen televisyen selepas beberapa bulan tamat tayangan di panggung.

Dan selepas membuat perbincangan bersama, Excellent Pictures akan bertindak sebagai pembekal eksklusif kesemua filem terbitan produksi tersebut untuk TV3 selama dua tahun.

"Dalam kolaborasi ini kami membuat perjanjian situasi menang-menang di mana pihak TV3 hanya akan menayangkan filem-filem terbitan Excellent Pictures selepas beberapa bulan tayangannya tamat di panggung.

"Dan jangka masanya tidak tentu sama ada siarannya akan dikeluarkan lebih awal atau ketika di musim-musim perayaan tertentu.

"Dengan cara ini, sekurang-kurangnya penonton di panggung tidak akan berasa rugi selain filem-filem tempatan kita akan menjadi lebih eksklusif," ujarnya.

Antara filem-filem yang bakal disiarkan di TV3 ialah Jangan Pandang-Pandang, Gerimis Mengundang, Mail Lambung dan Cinta Atas Tar.

Sementara itu, menurut Ketua Pegawai Operasi, rangkaian televisyen, Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar berkata, produksi Excellent Pictures menjadi pilihan pihaknya selepas melihat kejayaan filem dan drama terbitan syarikat tersebut yang berjaya menarik perhatian pelbagai golongan penonton.

"Sebelum ini kami pernah bekerjasama dan sememangnya sudah ada keserasian memahami cara kerja masing-masing.

"Menerusi kolaborasi ini, ia memudahkan kedua-dua belah pihak dalam memasarkan filem dan produk yang dihasilkan dengan lebih efektif.

"Dalam pada itu, pihak kami juga perlu peka dalam memberikan siaran yang terbaik buat penonton," katanya.
Continue Reading ...

Melia Aimelia & RotiKaya.com Berdamai

Isu video bogel yang disyaki melibatkan pelakon Karipap-Karipap Cinta, Melia Aimiellia seperti yang dipaparkan dalam beberapa laman hiburan tempatan dipercayai akan menemui jalan penyelesaian dalam sebuah sidang media yang bakal berlangsung pada petang Jumaat ini.

Menurut sumber yang enggan dikenali, sidang media tersebut turut melibatkan persatuan tempatan dan sebuah blog yang terlibat secara langsung dalam penyiaran berita tersebut.

Difahamkan, Melia Aimiellia & pemilik blog berkenaan sudah berdamai dan sidang media berkenaan diadakan untuk mewar-warkan khabar baik berkenaan.

Beberapa minggu lepas, Melia Aimiellia pernah mengeluarkan kenyataan bahawa beliau ingin bertindak menyaman blog yang terbabit dalam sebuah akhbar. Kemudian, sebuah akhbar tabloid menayangkan video temubual bersama penulis blog terlibat bagi menjelaskan keadaan sebenar.

Kalau mengikut info yang dibaca diatas blog tersebut ialah rotikaya.com. Kalau betul, eloklah tu. Bermaaf-maafanlah
Continue Reading ...

Awal & Scha Umum Tarikh Majlis Perkahwinan

Nampaknya hubungan cinta Awal dan Scha bakal berakhir tidak lama lagi dengan satu ikatan perkahwinan. Tarikh perkahwinan pasangan pelakon Awal Ashaari dan Scha Al Yahya akan terjawab apabila kedua-dua artis tersebut akan membuat pengumuman rasmi mengenai pernikahan mereka pada Selasa depan.

Majlis berkenaan akan diadakan di Ampwalk, Jalan Ampang dekat sini bermula pukul 3 petang yang akan dihadiri oleh kedua-dua pasangan tersebut.

Jemputan mengenai sidang media majlis itu telah dikirimkan kepada pihak media lewat petang Rabu.

Sementara itu pengurus kepada Awal iaitu Azlina Merican memberitahu, pihak media boleh bertanya apa juga soalan kepada kedua-dua pasangan berkenaan berhubung teka-teki mengenai hubungan mereka selama ini.

“Insya-Allah, Awal dan Scha bersedia untuk berkongsi satu berita gembira buat peminat dan juga pihak media,” katanya yang masih mahu berahsia mengenai inti pati majlis itu.

Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari,31, sebelum ini menjelaskan terpaksa menangguhkan perkahwinannya dengan Scha atau nama sebenarnya Sharifah Norazean Syed Mahadzir,29, kerana tempahan dewan yang dikatakan telah penuh.

Bagaimanapun timbul pula desas desus mengatakan mereka akan mengakhiri zaman bujang masing-masing pada pertengahan tahun ini.
Continue Reading ...

Sinopsis Filem 3 Temujanji

Filem 3 temujanji mengisahkan tentang seorang wanita yang bernama Reanna (Yana Samsudin) yang sukar mempercayai lelaki. Atas sebab itu, Reanna meletakkan syarat hanya akan bertemujanji dengan lelaki tidak lebih daripada 3 kali sahaja.

Selepas 3 temujanji, Reanna akan meninggalkan lelaki terbabit dan mereka tidak perlu berhubung lagi untuk mengelakkan sengsara jika jatuh cinta. Namun semunya berubah apabila Reanna bertemu Mikhail (Pierre Andre) yang sangat teruja untuk berkahwin dengannya.

X-factor dan peribadi yang terdapat dalam diri Mikhail akhirnya memikat hati Reanna, mampukan mereka menahan perasaan hati selepas berakhirna 3 temujanji? jangan lupa saksikan filem ini di pawangam berhampiran pada 5 April depan.

Melihat kepada filem ini, nampaknya mereka berdua iaitu Pierre Andre dan Yana Samsudin begitu profesional dalam melakukan kerja mereka. Walaupun pernah bergelar ‘kekasih’ satu masa dahulu, itu tidak menjadi penghalang dalam meletakkan komitmen yang tinggi untuk lakonan yang mantap.
Continue Reading ...

Sari Yanti kini bertudung

Walaupun memiliki dua cahaya mata, pelakon genit, Sari Yanti masih lagi dihujani pelbagai tawaran lakonan dan tidak hairanlah jika wajahnya sentiasa menghiasi kaca televisyen.

Terbaru, Sari Yanti bersama pelakon lain seperti Diana Amir, Raja Farah dan Bienda bakal beraksi sitkom terbaru, Annisa setiap Ahad jam 8.30 malam di TV9.

Menurutnya, sitkom 13 episod ini dia pegang watak Nita, berusia 23 tahun dan telah berumah tangga.

“Ini pengalaman pertama saya berlakon dalam siri sitkom. Saya selesa watak dalam sitkom ini lebih-lebih lagi pelakon terlibat teman rapat saya.

“Saya terima tawaran lakonan ini kerana sitkom ini menampilkan jalan cerita ringan dan santai dan mengekalkan ciri keislaman. Saya juga tidak rasa terbeban dengan skrip yang diberi. Oleh itu saya senang menerima tawaran ini,” ujarnya.

Menyentuh watak bertudung dalam sitkom itu, pelakon berusia 28 tahun ini menyatakan dia selesa dengan penampilan watak itu.

“Pada awal kemunculan saya dalam drama bersiri Qaisara, saya sudah bawa watak bertudung. Jadi, tidak menjadi masalah buat saya.

Pelakon yang membintangi drama bersiri BFF ini juga berhasrat bertudung apabila tiba masanya nanti.
Continue Reading ...

Sinopsis Filem Jangan Pandang-Pandang

Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia – Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah.Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika.

Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha berkata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden.

Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob. Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras.

Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak. Namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak temui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot. Mereka terpaksa bermalam di dalam hutan dan diganggu oleh makhluk halus.

Akhirnya mereka menemui sebuah rakit usang lalu mengambil keputusan mencuba nasib menaiki rakit tersebut daripada terusan menjadi mangsa gangguan mistik di dalam hutan. Mereka diselamatkan oleh bot peronda yang dipanggil oleh Abang Bob. Abang Bob sebenarnya menghilangkan diri untuk mendapatkan minyak tetapi telah disalahertikan oleh mereka berlima. Pengalaman di dalam hutan dan sepanjang kembara, mengembalikan ikatan cinta antara Ajis dan Yaya manakala membenihkan rasa cinta antara Ben dan Marsha.

Continue Reading ...

Gambar Fazura Dan Kekasih Di Universal Studios

Sudah agak lama juga tidak ditampilkan tentang pelakon, Fazura di sini. Oleh sebab terdapat permintaan, kami tampilkan gambar-gambar Fazura dengan kekasih hatinya, yang rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi, iaitu Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail.


Mungkin kita akan dengar perkhabaran gembira tentang pasangan ini tidak lama lagi. Siapa tahu, kan? Kredit gambar, putrizairos.

Continue Reading ...

Rozita lega anak ditemui

Berita kehilangan Aniq Ezra Azuar Effendy, 14, anak lelaki kepada aktres jelita, Rozita Che Wan beberapa hari lalu masih lagi mendapat perhatian peminat.

Cubaan Zass mendapatkan Rozita berhasil apabila dia memberitahu Aniq Ezra telah pun selamat pulang ke pangkuannya.

Menurut Rozita, anak lelakinya itu lari ke rumah rakannya yang terletak di USJ, Subang Jaya kerana merajuk dengan aktres tersebut.

Mengaku cemas apabila anaknya tidak pulang ke rumah pada Jumaat lalu, Rozita berpesan kepada sesiapa yang ternampak anaknya itu supaya menghubungi balai polis berdekatan.

“Alhamdulillah, Aniq tak apa-apa. Dia berada di rumah salah seorang rakannya. Dia lari sebab merajuk dengan saya.

"Mujurlah rakan-rakan Aniq dan rakan-rakan Ammar (anak sulung Rozita) membantu saya mencari Aniq,” katanya yang turut meminta bantuan polis untuk mencari anaknya itu.

Menurut Rozita, anaknya itu memberitahu pihak polis punca dia melarikan diri adalah kerana aktres itu sering melebihkan abangnya, Ammar Effendi.

Pada Sabtu lalu, kecoh di laman Twitter mengatakan Aniq Ezra hilang sehingga namanya menjadi 'trending topic' di kalangan pengguna laman tersebut.

Malah, berita kehilangan itu telah menjadikan satu hashtag #prayforAniqEzra menjadi popular.

Anak lelaki akters ini dilaporkan kali terakhir dilihat berada di USJ 11/12 pada jam 4 petang Jumaat lalu.
Continue Reading ...

Black Mentor Suka Tayang Body Ketul-ketul?

Body Black Mentor dah berketul-ketul ke? Boleh ganti Datuk Malek Noor kalau macam nie. Hahaha, jangan marah ye Black…
Apa yang kami terima cerita terbaru mengenai Black Mentor nie, sekarang nie Black aktif dalam mentranformasikan fizikal tubuh badannya menjadi sasa semenjak setahun yang lalu.

Black, atau Hanifah Md. Hanafiah yang baru berusia 24 tahun semakin yakin untuk menayangkan body‘nya selepas mendapat teguran positif daripada rakan-rakan. Bukanlah maksud Black nak menayangkan body, berjalan atau bersia-siar tidak memakai baju ya!
Sebenarnya, maksud Black menayangkan body apabila selepas bersukan, atau bermain bola sepak bersama rakan-rakanya. Kira tempat yang tertutup’lah, bukan di atas pentas semasa membuat persembahan, nanti tak pasal-pasal kena ‘gam’ tiga bulan.

Sumber : meow.my
Continue Reading ...

Trending di twitter mengenai kehilangan anak Rozita Che Wan

Kesahihhan berita ini belum dapat lagi kami pastikan, namun perkara ini sudah menjadi trending rakyat Malaysia di twitter dengan sekelip mata, #PrayForAniqEzra.
Anak lelaki Rozita Che Wan yang berumur 14 tahun ini dilaporkan hilang sejak pukul 4 petang tadi, dan kali terakhir dilihat berada di USJ 11/12.

Khabar yang masih kabur dan tidak sahih ini dikatakan menjadi trending kedua rakyat Malaysia atau mungkin perkara yang benar, pihak kami masih tidak ada bukti yang kukuh. Namun sumber dari pihak yang boleh dipercayai mengatakan, Rozita Che Wan sendiri meminta orang ramai supaya sesiapa yang ternampak adik Aniq Ezra segera melaporkan ke balai polis yang berdekatan.

Dan ada juga khabar yang mengatakan adik Aniq Ezra telah ditemui semula, Wallahualam. Apa yang kami harapkan, jika berita ini benar, diminta Rozita Che Wan bersabar dan banyakkan beristigfar di atas musibah yang melanda.
Continue Reading ...

Jessie J Live in Malaysia

16 March 2012 yang lepas bertempat di Surf Beach, Sunway Lagoon, telah diadakan konsert Jessie J Live In Malaysia yang dipersembahkan oleh Tune Talks. Popular dengan tagline “It’s not about the money…money…money..” melalui lagu Price Tag, Jessie J tampil memukau dengan vocal yang mantap sepanjang 2 jam 30 minit persembahannya.

Dimulakan dengan lagu ‘Who’s Laughing Now’ diikuti dengan lagu ‘Rainbow, Stand Up, Casualty of Love, Nobody String Intro, Nobody’s Perfect, Never Too Much, Abracadabra, Ineed This, Technology, Love, Who You Are, Mama Know’s Best, Look Like a Dude’ dan diakhiri dengan lagu hits beliau di Malaysia ‘Price Tag’ dan ‘Domino’.

Dianggarkan seramai 5 ribu penonton membanjiri Surf Beach, Sunway Lagoon malam kemarin yang rata-rata berumur dalam lingkungan 13 hingga 25 tahun. Jessie J yang anggun dengan pakaian berwarna merah nampak sungguh bersemangat menghiburkan penonton dengan 16 lagu yang oleh dinyanyikan beliau.

Sumber : meow.my
Continue Reading ...

Jelas Melia Aimellia mengenai video bogel

Melia Aimellia, yang didakwa individu di dalam video bogel tersebar di dalam blog-blog tempatan. Baru-baru ini, Melia telah mendedahkan mengenai isu video bogel yang turut dikatakan kesan daripada Facebook milik Melia digodam adalah punca video bogel tersebut tersebar.

Dalam video ini, Melia menafikan video bogel 30 saat itu tidak wujud dan gambar yang dikatakan beliau adalah superimposse memandangkan sampai sekarang belum ada lagi video bogel tersebut didedahkan oleh pihak-pihak tertentu. Jom, kita layan video Pendedahan Ekslusif Media Aimellia mengenai isu Video Bogel tersebut!

Continue Reading ...

Gambar Scha Alyahya Bertudung

http://speakerpecah.blogspot.com
http://speakerpecah.blogspot.com

Gambar ini diambil semasa Scha Alyahya berada di Kelantan untuk menghadiri perkahwinan kawan baiknya bersama Awal Ashaari.
Continue Reading ...

Saya dan Remy tak pernah bergaduh kata Tiz

Jika suatu masa dulu, namanya mula mendapat tempat di hati peminat dengan penampilannya sebagai Nur Amina menerusi drama bersiri, Nur Kasih, namun, kini berbeza pula situasinya.

Sejak mengakui hubungan cintanya bersama pelakon Remy Ishak, Tiz sering dihujani kontroversi, secara tidak langsung mengganggu konsentrasinya pada karier seni.

Akui Tiz, bukan sahaja rimas, malah dia tidak larat untuk menjawab persoalan demi persoalan yang timbul mengenai hubungannya yang dikatakan kini telah berakhir.

“Saya tidak tahu, kenapa kisah peribadi saya lebih mendapat tumpuan dan publisiti berbanding karier saya yang selama ini menjadi nadi kehidupan saya?

“Saya menerima banyak komen daripada peminat yang kurang selesa membaca kisah peribadi saya di dada akhbar dan internet. Mereka lebih suka melihat lakonan saya berbanding isu itu. Jadi, jangan sensasikan lagi kisah peribadi saya,” katanya yang mengakui masih menjalinkan hubungan bersama Remy.

Jelas pelakon filem, Cinta Kura-Kura ini hubungan bersama kekasihnya masih lagi baik dan tidak pernah ada masalah seperti yang diuar-uarkan.

“Ia mungkin salah faham. Dalam hubungan, tipulah kalau tak pernah ada selisih faham. Cuma, pihak yang tidak bertanggungjawab ini cuba memutarbelitkan fakta dan keadaan.

“Saya dan Remy tidak pernah bertengkar sehingga mengeluarkan kata putus dan sebagainya. Hentikan penyebaran gosip yang tidak benar itu,” katanya yang kini sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri, Dejavu Di Kinabalu untuk siaran TV3 dan bakal berangkat ke Eropah pada Jun depan untuk drama bersiri, Cinta Jangan Pergi untuk TV9.

Dalam perkembangan lain, Tiz mengakui dia menerima banyak tawaran menyanyi daripada sesetengah pihak.

Walaupun pernah menyanyikan lagu Nur Kasih untuk filem Nur Kasih The Movie, namun dia menolak kerana masih belum bersedia untuk menjadi penyanyi.

Sumber : www.xlupa.com
Continue Reading ...

Ella akan berkahwin dengan seorang Juruterbang

Ratu rock Malaysia, Ella sudah pun selesai menghadiri kursus kahwin pada 3 dan 4 Mac lalu. Bila tiba-tiba pergi kursus kahwin, itu tanda-tanda persiapan menuju ke gerbang perkahwinan sudah hampir benar.

Diva tahu Ella sedia maklum yang ramai menantikan nasi minyaknya dan mendoakan yang terbaik untuknya.

Kata sumber yang boleh dipercayai, Ella dan bakal suami yang hanya dikenali dengan panggilan A itu sama-sama menghadiri kursus kahwin di Pusat Bandar Damansara. Tapi masing-masing masih nak berahsia, ala-ala cover line sebab banyak mata yang memandang. Kalau tak silap Diva, pusat kursus itu sama tempat ceramah yang dikunjungi Lisa Surihani tempoh hari.

Kata sumber lagi, Ella dan A, seorang juruterbang itu memilih untuk menamatkan zaman bujang sebelum hujung tahun ini. Maklumlah kini ratu rock negara itu sedang sibuk dengan program Mentor yang akan ditayangkan di TV3 tidak lama lagi. Dengarnya upacara merisik pula pada Jun nanti.

Diva dengar buah hati Ella itu tinggi lampai dan sasa orangnya. Mesti jiwa rock macam sang puterinya juga. Lepas ini selalulah Ella terbang ke sana ke mari, sebab bakal suami juruterbang.

Diva tumpang bahagia dan doakan semoga perkenalan dan perancangan Ella berakhir dengan kegembiraan.

Sumber : www.xlupa.com
Continue Reading ...

Drama Vanilla Coklat Akan Difilemkan

Drama Vanilla Coklat akan difilemkan dan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi setelah mencipta rekod menjadi drama bersiri paling ramai ditonton sehingga mencecah 4.5 juta orang.

Tuah badan! Walaupun ceritanya ringan, ia mendapat tempat di hati penonton. Rata-rata apabila ditanya kenapa mereka suka, mereka kata suka babak romantis Amir dan Zara dilakonkan Aiman Hakim Ridza dan Izara Aishah.

Pelakon pembantu seperti Iqram Dinzly, Liza Abdullah, Zuhairi Ibrahim, Emma Akma dan Fazlina Ahmad Daud turut memberi persembahan mantap watak masing-masing sehingga ramai terpaku depan TV untuk mengetahui kesudahan Vanila Coklat.

Selepas ini tentu ramai rindukan aksi romantis Amir dan Zara. Cerita baik kepada penonton setia, cinta dua watak ini akan dibawa ke layar lebar tidak lama lagi.
Sumber memberitahu, atas sambutan luar dugaan itu, Grand Brilliance Sdn Bhd (GBSB) berminat menerbitkan filem Vanila Coklat dan ia akan dihasilkan dengan kerjasama produksi asal drama ini, Asia Media Content.

Semua pelakon Vanila Coklat akan dikekalkan dan penggambaran akan bermula paling lewat Mei ini. Kalau ikut perkiraan, nampaknya ia akan ditayang tahun depan.
Bukan itu saja, produksi juga mahu mengadakan penggambaran di luar negara, antaranya Paris atau Rome.

Nampaknya berseronoklah produksi dan pelakon Vanila Coklat. Apapun, harapan semoga filem ini dapat mengekalkan kehangatan cinta Amir dan Zara sebagaimana drama bersirinya.
Continue Reading ...

Gambar Panas Fasha Sandha Bersosial Bersama Rakan

Inilah gambar panas Fasha Sandha bersosial bersama rakan-rakannya. Tak lama lagi, Fasha Sandha akan kahwin dengan Jejai namun perangai masih tak berubah. Berikut adalah gambar yang dimaksudkan.

Sumber: Gambar Panas Fasha Sandha Bersosial Bersama Rakan
Continue Reading ...

Nur Dayana Anak Wayang Iras Scha Alyahya


As-Salam.
Mungkin ramai tidak kenal dengan nama Nur Dayana, tetapi namanya pernah meraih publisiti meluas satu ketika dahulu, di tahun 2009. Nur Dayana merupakan bekas peserta sebuah program pencarian bakat iaitu Anak Wayang.

Nama sebenar Nur Dayana Kamsun Baharin, lahir pada 1 Mei 1991, merupakan anak tunggal serta berasal dari Kuala Lumpur. Gadis manis ini yang pernah dikaitkan berwajah seiras dengan Scha al Yahya serta bintang Asia Bagus, Amy Mastura. Hmm ada iras tak?

HH mendapat tahu bahawa Nur Dayana mempunyai kemahiran dalam Taekwando dan mempunyai tali pinggang yang ada kaler, huhuhuhu...

Nur Dayana pernah membintangi filem Apokalips serta Hello, dan baru-baru ini muncul dalam drama di TV3 iaitu BFF.

Foto Nur Dayana Anak Wayang (Nur Dayana Kamsun Baharin)


Sumber : http://www.hasrulhassan.com/
Continue Reading ...

Semakan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 melalui SMS


Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 akan dikeluarkan pada 21 Mac 2012. Calon-calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.

Calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pelajaran Negeri tempat mereka mendaftar dahulu.

Calon-calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan SPM 2011 melalui mySMS 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10 pagi, 21 Mac 2012 dan akan ditamatkan pada 12 tengah malam, 27 Mac 2012.
Continue Reading ...

Peserta Mentor 6 Bersama Protege

Program realiti TV3, Mentor musim ke-6 akan memulakan siarannya bermula minggu ini, setiap hari Ahad, jam 9.00 malam sehingga 10.30 malam. Setelah agak lama menunggu, siapakah bakal protege bagi enam orang Mentor 6 ini, akhirnya Mentor 6 telah memperkenalkan 6 orang protege.

Barisan protege-protege untuk Mentor kali ini terdiri dari KJ (Adam), Wanie (Ferhad), Ramlah Ram (Ana Syuhada), Caroline (Ella), Anas (Faizal Tahir) dan Zatul (Ogy Ahmad Daud). Jom, kita lihat gambar dan biodata protege Mentor 6.

Protege Adam

Nama : Abdul Kadir Haji Unding Lana
Nama Samaran : KJ
Asal : Kota Kinabalu
Umur : 24 tahun
Pengalaman : Showdown 2010 dan 2011, Borneo Crew
dan Borneo Soul Breakers
Protege Ella

Nama : Puteri Caroline Mohd Kamel
Nama Samaran : Caroline
Asal : Tanah Merah, Kelantan
Umur : 20 tahun
Protege Faizal Tahir

Nama : Anas Bin Ridzuan
Nama Samaran : Anas
Asal : Perak
Umur : 23 tahun
Pendidikan : Ijazah Filem, Teater dan Animasi UiTM
dan aktif dalam teater bersama Dewan Bahasa dan Pustaka
Protege Ferhad

Nama : Salwani Sawi
Nama Samaran : Wanie
Asal : Wilayah Persekutuan Labuan
Umur : 18 tahun
Protege Ogy @ Fauziah Dato’ Ahmad Daud

Nama : Noor Nazatul Farahin Mohd Hussin
Nama Samaran : Zatul
Asal : Bedong, Kedah
Umur : 23 tahun
Protege Ramlah Ram

Nama : Ana Syuhada Noor Asram
Nama Samaran : Ana Syuhada
Asal : Shah Alam
Umur : 21 tahun
Pendidikan: Diploma Muzik (Vokal)
Continue Reading ...

Makanan Pelik Dan Eksotik Di Asia

Asia merupakan sebuah benua besar yang kaya dengan pelbagai adat dan budaya serta cara hidup. Dengan kepelbagaian kaum dan ras sudah pastinya terdapat pelbagai jenis makanan. Atas dasar world of views dan perbezaan geografi maka pelbagai jenis makanan terhasil. Jom kita tengok makanan pelik orang Asia. walaupun begitu saya tidak memfokuskan kepada haiwan eksotik, mahu pun yang biasa kita dengar seperti daging anjing atau katak.Pelik kerana ianya sangat berbeza, unik dan menarik, namun mungkin tekak anda akan loya apabila makanan ini dihidangkan didepan anda, jom layan.

Balut.

Merupakan makanan tradisional dari Filipina, dan menjadi kegemaran ramai.Bahan asasnya ialah telur itik atau ayam.Telur tersebut mestilah telur yang sudah dieramkan dan hanya menunggu masa untuk menetas. Embrio telur sudah membentuk tubuh ayam atau itik yang sudah sempurna. Biasanya ianya dimasak dengan rebusan kicap atau perisa dan dicicah dengan sos. Menurut orang filipina, makanan ini memang sedap dan menyelerakan.Cuma berhati-hati sewaktu memakannya, mungkin tulang atau bulu ayam akan terlekat di tekak.

images2  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia
Balut

balut21  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia
embrio, ayam,makanan kegemaran di Filipina

Drunken Shrimp.

Makanan yang menjadi kontroversi di China, udang mentah yang masih hidup digaulkan bersama-sama dengan arak dan dijadikan hidangan. Masih popular di sesetengah tempat di China, walaupun dianggap kejam. Makanan laut secara mentah ini sangat berbahaya,kerana mengandungi bakteria dan mikroorganisma yang belum mati.

Drunken Shrimp  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia
udang mentah masih hidup

Ying Yang Fish ( Ikan Ying Yang )

Merupakan makanan yang diharamkan di Taiwan, namun masih popular di sebelah Asia Timur.Ying yang merupakan tenaga di dalam badan yang terbahagi 2, baik dan jahat, namun diterjemahkan kepada ikan, dimana, ikan akan dimasak hanya di bahagian badannya, sementara ikan tersebut masih hidup.Memang merupakan cara masakan yang kejam,kerana insang ikan masih tercungap-cungap sementara isinya dimakan.

Ying Yang Fish  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia
Ying Yang Fish-ikan masih bernyawa

Serangga- Tarantula, cengkerik, belalang

Di anggap sebagai snek yang rangup dan lazat bagi penduduk di Thailand, Laos dan Kemboja. Kebanyakan serangg ini akan digoreng dan dijaual biasanya sewaktu pasar malam. Serangga ini dikatakan bagus kerana dikatakan mengandungi kandungan protein yang tinggi. FriedSpiders  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia

Tarantula, makanan lazat bagi masyarakat kemboja

Sannakji Hoe ( Sotong Mentah Hidup )

Sotong diletakkan di dalam akuarium, jika pelanggan ingin memakannya, sotong tadi ditangkap, dipotong-potong, kemudian digaulkan dengan minyak dan biji bijan, dan di makan mentah-mentah. Merupakan makanan popular di Korea, kata mereka lebih menarik jika sotong tersebut bergerak-gerak di dalam pinggan, lebih menyelerakan.
Octopus  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia

Sannakji hoe e1300209160849  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia

Telur Semut Merah

Merupakan makanan kegemaran bagi masyarakat di Thailand.terdapat di kawasan gerai jalanan sehinggalah di ke restoren mewah. Makanan eksotik ini biasanya dihidangkan di dalam bentuk sup.Kata orang Thailand sewaktu memakan telur semut,ianya begitu lembut, dan meletup di dalam mulut dengan rasa yang istimewa.

red ants eggs  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia
Ikan Mentah ( Jepun )

Masyarakat Jepun memang terkenal dengan pelbagai makanan mentahnya.

4437537790 f0cc670452 o  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia

Ikan menari, ikan kecil ini dimakan mentah,dihirup,dikatakan ikanmenari kerana ia berenang-renang di dalam mulut sebelum ditelan !

4437537766 66bd3dc1fb111 o  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia

Shiokara,Makanan laut, dari ikan mentah,yang bercampur garam dan cuka yang di tapai ( lebih kurang macam budu kut? )

4437517526 2f13d65a81111111 o  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia

Natto- soya yang ditapai, sangat busuk, tetapi menjadi makanan sarapan pagi masyarakat Jepun

tuna eyes by altons images n chloeandliah  10 Makanan Pelik Dan Eksotik di Asia

Mata Ikan Tuna sebagai hidangan istimewa.

Ada banyak lagi makanan di seluruh dunia yang pelik, namun di dalam Islam kita mesti memilih makanan yang bersih, suci lagi halal, kerana makanan membentuk jiwa dan keperibadian.kalau korang nak tahu makanan peik di seluruh dunia boleh ke sini

sumber : lovehijau.com

Continue Reading ...