Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Trailer Dan Sinopsis Drama Apa Celop

‘Apa Celop’ akan bersiaran di Slot Aksi, TV3 menggantikan ‘Nilapura’ bermula 20 Februari ini. Ia mengisahkan tentang dua pelumba haram, Aman dan Sawi yang bercadang untuk berlumba kali terakhir bagi memenangi duit supaya dapat mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama Julia dan Munirah. Kemenangan Aman yang mengalahkan Mako, Raja Rempit dan Ketua Gangster KL turut membawa pulang Marsha sebagai habuan.

Aman dan Sawi terpaksa berbohong kepada Julia dan Munirah bagi menyembunyikan Marsha. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Marsha telah hilang ingatan selepas kemalangan jalanraya yang turut melibatkan Aman. Mako juga berang dengan Aman kerana gagal menyerahkan kembali Marsha dan mengugut akan mengambil Julia sebagai pengganti.


Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama untuk slot aksi Apa Celop ini adalah: Kamal Adli, Wan Sharmila, Taiyuddin Bakar, Amanda Misbun, Ika Nabila, Azad Jasmin dan Zed Zaidi.

Leave a Reply