Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Siti Nurhaliza Belum Mengandung

Dah nama penyanyi terkenal, segala tindak tanduk mengandung tak mengandung, semuanya menjadi perhatian dan buah mulut masyarakat terutama peminat.

Begitulah yang terjadi dengan Datuk Siti Nurhaliza. Setahu penulis, gossip yang beliau mengandung ni dah acapkali kedengaran namun ‘tak berisi’ juga.

Sudah tentu Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K mengharapkan cahaya mata bagi menyerikan kehidupan rumah tangga mereka namun penulis yakin, mereka tentu pasrah dengan ketentuan-Nya.

Terbaru, gosip hangat yang berlegar di Internet ialah Siti Nurhaliza dikatakan memberitahu pada penonton-penonton televisyen Singapura selepas persembahan tahun baru di negara itu yang dia telah mengandung.

Ramai yang mengucapkan tahniah dan ramai juga yang berspekulasi yang ianya hanya khabar angin.

Tetapi perkara yang tidak dapat disangkal tentang kemudahan masa kini, laman sosial membolehkan peminat berkomunikasi secara langsung dengan selebriti kegemaran mereka dan bertanya sendiri tetang kesahihan sesuatu berita itu.

Yang pastinya, Siti Nurhaliza telah menafikan yang dia telah mengandung melalui Twitternya beberapa jam lepas:-

Semoga kehadiran 2012 bakal membawa khabar gembira untuk mereka berdua, Insya Allah

Leave a Reply