Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Laurra Lutfea Anak Lan The Typewritter

Penyanyi Azlan (The Typewritter) kini sudah bergelar ayah selepas isterinya, Normala Hassan,selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 9.03 malam, 28 Disember 2011.

Bayi sulung yang diberikan nama Laurra Lutfea itu dilahirkan secara normal di Hospital Lourdes, Sentul, dengan berat 2.8 kilogram.

Menurut Azlan, 29, atau Lan, sejak melihat ‘keseksaan’ isterinya melahirkan Lutfea, barulah dia sedar pengorbanan seorang ibu begitu besar nilainya.

“Saya bersyukur kerana isteri boleh bergerak dengan selesa selepas sembilan bulan mengandungkan anak perempuan kami. Cuma selepas sehari bersalin, dia sakit demam panas pula.

“Sepanjang empat hari bergelar bapa, perasaan seronok untuk menjaga Lutfea membuak-buak. Ini pun dah berapa malam saya tak cukup tidur,” selorohnya yang dihubungi di sini, Ahad.

Bagaimapun, tambah Lan, dia enggan Lutfea mengikut jejak langkahnya menjadi seorang penyanyi mahupun pelakon apabila dewasa kelak.

Leave a Reply