Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Azwan Ali Menangis Minta Maaf Kepada Tun Mahathir & Ummi Hafilda

Visual Buletin Utama yang dipaparkan di TV3 sebentar tadi menyiarkan berita tergempar mengenai kes ugutan berbaur bunuh yang dilampiaskan oleh selebriti kontroversi, Azwan Ali kepada adiknya, Ummi Hafilda melalui laman Twitter, baru-baru ini.

Difahamkan, Ummi Hafilda membuat laporan polis sebaik sahaja kata-kata ugutan berbunyi, ‘Salam, Let’s cekup jugak si BETINA NERAKA Ummi kasi REJAM hidup-hidup! Bako mayat dia’ terpapar di laman akaun Twitter milik selebriti berkenaan.

Azwan Ali dalam sidang media sebentar tadi berkata, “Negara bakal kehilangan seorang pengkritik hebat yang menentang usaha Ummi Hafilda membongkar perilaku salah seorang adik beradik saya iaitu Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali setelah saya mengambil keputusan untuk berbaik semula demi menjaga maruah keluarga.”

Pada masa yang sama, Azwan Ali menyatakan bahawa dia akan berhenti tweet mengenai politik negara.

“Saya akan menghentikan tweet mengenai politik. Saya turut meminta maaf kepada Tun Mahathir, Ummi Hafilda dan mana-mana pihak dalam akaun sosial,” tambah Azwan lagi.

Selebriti Azwan Ali dan adiknya Ummi Hafilda Ali bersetuju untuk berdamai.

Sumber : http://www.ohbulan.com/foto-azwan-ali-menangis-minta-maaf-kepada-tun-mahathir-umi-hafilda/

Leave a Reply