Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Gambar Konsert ‘Loudspeaker 2011′ Memang Rock

Konsert Loudspeaker yang berlangsung malam Ahad kelmarin di Stadium Merdeka kurang meraih perhatian peminat muzik tempatan walaupun konsert ini membariskan empat penyanyi hebat genre rock iaitu kumpulan Wings, XPDC, Azlan & The Typewriter serta Faizal Tahir & Royale FT Force.

Mereka bergilir-gilir mengambil pentas dihadapan lebih kurang 2,000 orang penonton yang hadir ke stadium. Walaupun angka ini agak sedikit jika dibandingkan dengan penyanyi yang diundang pada malam konsert tersebut, ini tidak sedikit pun mematahkan semangat kumpulan rock yang dijemput hadir untuk memberikan persembahan terbaik. Memang Rock habis!

Kata wakil media kami BeMie’S WoRLd, dari segi teknikal konsert ini sememangnya berjaya menampilkan kelainan dengan sistem audio yang setaraf dengan konsert artis luar negara.

Mungkin faktor tarikh konsert yang jatuh ketika warga Kuala Lumpur pulang ke kampung sempena cuti panjang krismas menjadi punca utama.

Untuk yang tidak dapat hadir, anda boleh saksikan gambar eksklusif oleh wakil media kami BeMie’S WoRLd sebagai bukti kegamatan Konsert Loudspeaker 2011. Khas buat pembaca RentakArtis.com

Sumber : RentakArtis.com

Leave a Reply