Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Filem Ombak Rindu RM4 Juta untuk 4 Hari

Ombak Rindu HEBOH Keuntungan Filem Ombak Rindu RM4Juta untuk 4 Hari. Filem yang diadaptasi daripada novel cinta popular karya Fauziah Ashari, Ombak Rindu arahan Osman Ali berjaya mengutip jualan tiket sebanyak RM4 juta selepas empat hari ditayangkan. Menurut penerbit filem Ombak Rindu itu, Sharad Sharan, kutipan pada hari pertama tayangan iaitu Khamis lalu mencecah RM750,000 dan kutipan pada hari seterusnya melebihi RM1 juta sehari.

Ombak Rindu HEBOH Keuntungan Filem Ombak Rindu RM4Juta untuk 4 Hari Ulasan akhbar Ombak Rindu HEBOH Keuntungan Filem Ombak Rindu RM4Juta untuk 4 Hari “Saya difahamkan setiap hari tiket habis dijual sehingga ada penonton merungut kerana tidak berjaya mendapatkan tiket Ombak Rindu. “Justeru, saya menasihatkan agar penonton menempah awal tiket filem berkenaan secara dalam talian atau membelinya sehari lebih awal,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Menurut Sharad, filem lakonan tiga artis popular iaitu Maya Karin, Aaron Aziz dan Lisa Surihani itu dijangka mencipta fenomena baharu dalam industri filem tempatan yang mahu melihat genre drama dan cinta kembali menguasai layar perak. Katanya, sejak kebelakangan ini, genre seram dan aksi memikat selera penonton manakala genre lain semakin hilang bisanya.

“Melalui Ombak Rindu, saya yakin kegemilangan filem Melayu bertemakan cinta akan kembali menjadi kegilaan penonton. “Diharap tarikan filem Ombak Rindu ini mampu bertahan melebihi tempoh minggu wajib tayang iaitu selama dua minggu,” katanya yang sebelum ini pernah menerbitkan filem Legenda Budak Setan lakonan Farid Kamil dan Lisa Surihani,” katanya.

Leave a Reply