Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Tips menjawab soalan peperiksaan SPM

Tips jawab soalan peperiksaan SPM 2011. Kepada calon SPM pada tahun ni, tips ini amat penting untuk calon membuat persediaan sebelum masuk dan menjawab soalan dalam dewan peperiksaan kelak. Berikut adalah beberapa tips yang dapat dikongsikan untuk menjawab soalan SPM bermula pada 14 november 2011 ni.

Persediaan sebelum peperiksaan SPM:

1. Pastikan calon mendapat tidur yang cukup supaya tidak mengantuk semasa menjawab peperiksaan. Elakkan tidur lambat pada hari peperiksaan, tetapi bangunlah seawal 3 atau 4 pagi untuk membaca sekiranya perlu.

2. Jaga pemakanan tapi jangan biarkan perut anda kosong! Banyakkan meminum air yang dimasak. Sekiranya peperiksaan pada waktu petang, elakkan makan tengahari makanan berminyak, tetapi digalakkan memakan buah. Memakan makanan berminyak dan berlemak, boleh mendorong perasaan mengantuk semasa menghadapi peperiksaan.

3. Elakkan study last minute kecuali anda sememangnya jenis sebegitu. Last minute study biasanya, terutamanya saat2 sebelum ke dewan peperiksaan biasanya akan menyebabkan kita berasa lebih gundah gelana memandangkan semua rakan2 akan sibuk berbincang itu ini yang mungkin mengganggu emosi kita pada masa tu.

4. Tenangkan diri sebelum memasuki dewan peperiksaan. Periksa dan pastikan semua peralatan lengkap pada malam sebelum peperiksaan lagi. Jika ada masalah di saat2 akhir, berhubung dengan guru ataupun rakan2 yang boleh membantu.

5. Bagi calon yang beragama Islam, jangan tinggal solat wajib, berdoa dipermudahkan segala urusan oleh Allah dan perbanyakkan solat hajat kepada-Nya.

6. Berbuat baik kepada semua orang di sekitar, terutamanya ibu bapa, adik beradik, guru2 dan rakan2. KAlau boleh, dapatkan restu mereka setiap kali sebelum bergerak ke dewan peperiksaan. Jangan wujudkan suasana yang menyebabkan orang lain sakit hati dengan kita.

7. Jangan berbincang mengenai peperiksaan yang telah berlalu, sebaliknya, fokus pada kertas peperiksaan yang akan datang , yg anda akan jawab kemudian. Biasanya, bila pelajar berbincang dengan rakan2, mulalah perasaan tidak yakin menghantui mereka. Bahaya!

8. Mulakan membuka kertas soalan dengan BISSMILLAHIRRAHMANIRRAHIM dan doa supaya dipermudahkan Allah semasa anda menjawab.

Sumber: Cikgu Dahlia

Leave a Reply