Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Gambar sekitar penggambaran filem Mael Lambung

Filem Mael Lambung lakonan Zizan Raja Lawak sebagai Mael Lambung, Johan Raja Lawak sebagai Ah Chai dan Juliana Evans kini sedang giat menjalani pengambaran di sekitar negeri Terengganu. Filem arahan pengarah tersohor Ahmad Idham ini katanya dibuat atas permintaan peminat yang ingin cerita tentang kehebatan Mael Lambung VS Ah Chai dilebarkan di layar perak pula.



Begitu hebat sekali penangan Mael Lambung sehingga peminat rasa mahu tonton lanjutan cerita gangster kelakar ini. Mael Lambong bekerja sebagai tukang tarik kereta profesional yang sangat terkenal dengan sikap gedebe nya.


Filem yang menggunakan Raja Mukhriz sebagai pengarah sinematografi ini bakal menemui peminat sekitar bulan Mei 2012 tahun depan. Menampilkan Juliana Evans sebagai penyiasat dan juga kawan baik Zizan dalam filem Hantu Bonceng iaitu Toqq. Dengarnya, abang Juliana Evans iaitu Sam Bunkface turut berlakon juga dalam filem ini. Betul ke tidak?





Seperti filem-filem aksi terdahulu, Ahmad Idham tak lepas untuk mengisi filem ini dengan aksi sukan drift. Dengarnya, beliau menggunakan khidmat drifter untuk melakukan aksi drift dalam filem ini.

Filem ini juga menampilkan beberapa orang pelakon sebagai cameo, antaranya Aziz M. Osman sebagai orang kaya yang keretanya kena tarik oleh Mael Lambung. Turut diperkenalkan seorang bakat muda yang baru berasal dari Singapura iaitu SHENTHY FELIZIANA memegang watak Rozie yang merupakan kekasih lama MAEL LAMBONG.

Leave a Reply