Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

5 Cara Hangatkan Ranjang Yang Dingin

Perkara yang paling membahagiakan buat suami isteri kadang-kadang boleh menjadi sesuatu yang cukup membosankan . Jadi sebelum hubungan intim menjemukan anda atau pasangan sebaiknya lakukan sesuatu.

Segera praktikkan 5 perkara berikut untuk menyegarkan kembali suasana ranjang yang dingin

Kuasa ciuman
Jangan memperkecilkan kuasa sebuah ciuman. Satu ciuman saja sudah mampu meningkatkan tahap keghairahan anda dan pasangan anda. Ia juga dapat memanjangkan hubungan seksual itu sendiri. Oleh itu jangan melupakannya baik ketika hendak memulakan seks atau selepasnya.

Renungi matanya
Bukan saja ketika saling membelai pasangan, renungi juga mata pasangan terutama setelah anda berdua mengalami orgsm. Cara itu anda akan berasa lebih dekat, intim dan terikat secara emosional.

Bisikan manja
Bisikkan sesuatu yang manis dan menggoda di telinganya. Selain itu seringlah menyebut atau memanggil namanya dengan panggilan manja untuk memperlihatkan rasa sayang dan cinta anda pada dirinya. Panggilan manja juga akan menimbulkan satu kebanggaan pada diri mahupun pasangan.

Berkongsi rasa
Setelah sama-sama melayari bahtera bersama, janganlah berhenti begitu saja. Gunakan waktu selepas itu dengan berkongsi perasaan. Anda juga boleh saling memicit, membelai atau tidur sambil berpelukan. Ketika itu jugalah anda boleh meluahkan perasaan cinta dan sayang pada pasangan.

Leave a Reply