Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Calon SPM ditangkap khalwat dengan duda beranak dua


Saya petik:

[SH] LEDANG – “Saya hanya berehat dan menonton televisyen di bilik ini.”

Demikian alasan seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) apabila dicekup berkhalwat bersama pasangannya oleh Penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Ledang (PPADL), awal pagi semalam.

Remaja perempuan berusia 17 dan pasangannya berusia 27 itu ditahan dalam serbuan kira-kira jam 12.30 pagi ketika sedang berdua-duaan di dalam sebuah bilik di bengkel jentera di Serom 6, Sungai Mati, di sini.

Pelajar itu juga mendakwa dia datang ke bilik teman lelakinya itu sekadar untuk mengisi masa lapang kerana tiada kertas peperiksaan yang diduduki pada hari tersebut, selain akan pulang ke rumah di Muar sebaik sahaja selesai berehat di bilik itu.

Manakala, teman lelakinya adalah duda beranak dua dan baru sahaja bekerja di bengkel itu sejak sebulan lalu.

Kadi Daerah Ledang, Sulaiman Maidin berkata, berdasarkan aduan orang awam, sepasukan anggota yang diketuai Pegawai Penguatkuasa, Zainal Kadiran memeriksa bilik di bengkel itu.

Menurutnya, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berseluar dalam membuka pintu.

“Para penguat kuasa hanya me­nunggu kira-kira dua minit sebelum lelaki itu membuka pintu dan membenarkan pemeriksaan dijalankan.

“Pemeriksaan menemui seorang remaja perempuan memakai baju-T dan berseluar pendek sedang baring di atas tilam,” katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, pasangan itu kemudiannya ditahan untuk siasatan lanjut kerana gagal menunjukkan sebarang dokumen mempunyai hubungan mahram atau suami isteri.

“Mereka dibawa ke Balai Polis Sungai Mati untuk dibuat laporan tangkapan sebelum dibawa ke Pejabat Agama untuk siasatan lanjut dan dijamin dengan jaminan keluarga masing-masing.

“Mereka ditahan dan didakwa di bawah Seksyen 27 (1) a b, Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor, 1997 yang boleh dikenakan denda tidak melebihi RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan,” katanya.
Continue Reading ...

Keputusan Festival Filem Malaysia 24 (FFM24)

  1. Anugerah Box Office – KL Gangster.
  2. Anugerah Khas Juri Yang Pertama – Sidik Hussien.
  3. Anugerah Khas Juri Yang Kedua – Filem Libas.
  4. Anugerah Khas Juri Yang Ketiga – Allahyarham Zami Ismail.
  5. Anugerah Skor Muzik Asal Terbaik – Edry Abdul Halim (Hikayat Merong Mahawangsa).
  6. Anugerah Pereka Kostum Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa.
  7. Anugerah Penyunting Terbaik – KL Gangster (Syamsul Yusof & Hisham Jupri).
  8. Anugerah Penataan Bunyi Terbaik – KL Gangster (Hisham Jupri & Rizal Ashreff).
  9. Anugerah Cerita Asal Terbaik – Filem Libas.
  10. Anugerah Lakon Layar Terbaik – KL Gangster.
  11. Anugerah Sinematografi Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa.
  12. Anugerah Penataan Seni Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa.
  13. Anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Faezah Elai (Filem Cun).
  14. Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Shofi Jikan (Filem KL Gangster).
  15. Anugerah Pencapaian Gemilang – Michelle Yeoh.
  16. Anugerah Pelakon Wanita Terbaik – Eja (Filem Janin).
  17. Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik – Shaheizy Sam (Filem Kongsi).
  18. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Tan Sri Jins Shamsuddin.
  19. Anugerah Pengarah Terbaik – Syamsul Yusof (KL Gangster).
  20. Anugerah Filem Terbaik – Hikayat Merong Mahawangsa.
Edit Sumber : beautifulnara.com
Continue Reading ...

Sinopsis Sepah The Movie

Sepah” menceritakan tentang ragam tiga lelaki berstatus bujang telah berkawan rapat sejak kecil bekerja di kilang elektronik di sebuah kilang berhampiran pekan kampung mereka.
Hobi mereka juga sama dan mereka terlalu obses pada motor cross.
Mereka terpaksa menghadapi peristiwa yang telah melahirkan konflik persahabatan mereka,semenjak kemunculan seorang gadis cantik bernama Ayu Sofea (Anzalna) yang mana bertugas dibahagian kawalan kualiti di kilang elektronik tempat mereka bekerja.

Maka berlaku, strategi dan juga ragam tiga lelaki bujang ini didalam situasi untuk memenangi hati Ayusofea.
Gadis yang berkacukan melayu bugis itu sangat pandai menyesuaikan diri bila berhadapan dengan karenah dan juga ragam tiga bujang sepah .
Maka berlaku,strategi dan juga ragam tiga lelaki bujang ini didalam situasi untuk memenangi hati “ Ayu sofea”. Gadis yang berkacukan melayu bugis itu sangat pandai menyesuaikan diri bila berhadapan dengan karenah dan juga ragam tiga bujang sepah . Terjadilah sketsa serta babak-babak yang kelihatan membodohkan diri sendiri serta buli membuli sewaktu tiga bujang itu mengatur strategi.
Nak tahu siapa yang menjadi pilihan Ayu Sofea? Sama-sama kita tunggu nanti movie ini di pawagam.

Selain bekas anggota kumpulan Sepah, filem berkenaan turut dilakonkan Jehan Miskin, Yus dari kumpulan Jambu, Asrul Raja Lawak, pelakon baru Anzalna Nasir dan Ramona Qadira iaitu finalis Dewi Remaja 2010/2011.


Nantikan tayangannya di pawagam..mesti tergelak besar bila tonton nanti
Sumber dan Kredit : http://www.shahrulhairy.com/
Continue Reading ...

Biskut Beras Terbesar Dunia


Sekumpulan peminat snek di Jepun semalam mendakwa mereka mencatat rekod untuk biskut beras terbesar di dunia.

Memiliki diameter 160 sentimeter, biskut itu jauh lebih besar daripada biskut beras biasa yang dikenali sebagai senbei.

Senbei yang diperbuat daripada tepung beras, dimakan dengan meluas di Jepun.

Michihiro Yamaguchi yang merupakan seorang ahli Jawatankuasa Biskut Beras Terbesar Dunia di bandar Kioroshi, timur Tokyo menganggap ia adalah detik kejayaan buat mereka.

"Kami berjaya melakukannya. Inilah dendam yang amat manis," katanya selepas gagal dalam percubaan untuk berada dalam buku rekod dunia pada bulan lalu selepas biskut yang dihasilkan itu kurang tiga sentimeter daripada sasaran mereka.
Continue Reading ...

Lirik Lagu "Ultras Malaya - Selamanya"

Berikut adalah lagu nyanyian Ultras Malaya bertajuk Selamanya khas untuk pasukan Bola Sepak Malaysia. Ultras Malaya adalah gabungan Joe Flizzow, Altimet dan Carleed.

Download: Ultras Malaya – Selamanya

Lirik:

Selamanya-selamanya,
Selamanya-selamanya,
Selamanya-selamanya harimau malaya,

Selamanya-selamanya,
Selamanya-selamanya,
Selamanya-selamanya ooh malaysia,

E lelelelele lah ooo ooo,
E lelelelele lah aaa aaa,
E lelelelele lah ooo ooo,
E lelelelele lah harimau malaya,
harimau malaya,
harimau malaya,
harimau malaya,

E lelelelele lah ooo ooo,
E lelelelele lah aaa aaa,
E lelelelele lah ooo ooo,
E lelelelele lah,

Inilah tanah tumpahnya darahku,
negara pasukan piala hanya satu,
harimau kami berlari laju,
belang nak tertanggal dari baju,
harimau kami cekap gelecek,
pertahanan lawan tumbang sederet,
bila turun padang berumahkan gelanggang,
kalau berani mari bertandang ha!.

Selamanya-selamanya,
Selamanya-selamanya,
Selamanya-selamanya harimau malaya,

Selamanya-selamanya,
Selamanya-selamanya,
Selamanya-selamanya ooh malaysia,

E lelelelele lah ooo ooo,
E lelelelele lah aaa aaa,
E lelelelele lah ooo ooo,
E lelelelele lah harimau malaya,
harimau malaya,

semua berlari hingga tiada keringat,
gol pertama untuk negara kedua untuk pingat,
bila atas padang main tak ingat,
tiap hantaran kemas tiap gerak ligat,
pernah kah ada harimau yang jinak?,
jawapan nya tidak semestinya lincah,
penyokong di stadium beranak pinak,
untukmu malaysia kami…

Selamanya-selamanya,
Selamanya-selamanya,
Selamanya-selamanya harimau malaya,

Selamanya-selamanya,
Selamanya-selamanya,
Selamanya-selamanya ooh malaysia,

E lelelelele lah ooo ooo,
E lelelelele lah aaa aaa,
E lelelelele lah ooo ooo,
E lelelelele lah harimau malaya,
harimau malaya,

hey, mari kita semangat,
hitam kuning terpahat,
mari kita berjuang,
teguh berperang di padang,
sekali lagi maju lagi serang lagi,
gagah berani sebati tidak gentar tenang,
dengan sorakan gemilang,
harimau malaya pasti menang.

Selamanya-selamanya,
Selamanya-selamanya,
Selamanya-selamanya harimau malaya,

Selamanya-selamanya,
Selamanya-selamanya,
Selamanya-selamanya ooh malaysia,

E lelelelele lah ooo ooo,
E lelelelele lah aaa aaa,
E lelelelele lah ooo ooo,
E lelelelele lah harimau malaya,
harimau malaya,
harimau malaya,

Malaysia Boleh!

via : http://www.ohtidak.com/oh-ultras-malaya-selamanya/

Continue Reading ...

Jom sertai forum SyoknyerBlogging

Blogging dah menjadi trend masa kini untuk semua orang selain daripada aktif di jaringan sosial seperti facebook, twitter, mahupun forum. Yang paling best bila dapat berforum sambil berblogging. Macam mana tu?

Di sini, aku nak perkenalkan korang pada sebuah laman Forum terbaru yang menghimpunkan semua blogger-blogger yang mesra di alam maya iaitu Forum Syoknyerblogging yang beroperasi disyoknyerblogging.com

5 Sebab kenapa Blogger perlu Join Forum Syoknyerblogging

1. Forum SB menghimpunkan blogger yang senior, mesra, dan bersedia memberi tunjuk ajar kepada semua.

2. Dengan menyertai Forum SB, jaringan persahabatan anda akan lebih bagus. Anda akan dapat lebih ramai kawan.

3. Di SB, anda dapat bertukar-tukar pendapat dengan rakan-rakan di samping mengetahui isu-isu terkini.

4. Boleh menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan blog anda kerana kesemuanya memang mesra dan sedia membantu.

5. Menambahkan pelawat ke blog anda. The more the merrier! Semakin ramai anda ajak kawan-kawan anda join, semakin bertambah bilangan pelawat blog, meningkatkan pendapatan blogging anda

Sokonglah Laman Forum keluaran rakyat kita! Kalau bukan kita, siapa lagi? Jom join sekarang!

Sumber: cikgudahlia.com
Continue Reading ...

Peratus Peroleh 5A Dalam UPSR 2011 Menurun

Keputusan UPSR 2011 menunjukkan peratus pelajar dapat 5A menurun. keseluruhan calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2011 merupakan yang terbaik dalam empat tahun mengikut Gred Purata Nasional (GPN), sungguhpun pencapaian calon cemerlang semua A mengalami sedikit penurunan berbanding tahun lepas.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud berkata seramai 46,012 daripada 485,160 calon memperoleh keputusan cemerlang semua A, namun pencapaiannya menurun daripada 10.02 peratus pada tahun lepas kepada 9.48 peratus tahun ini.

Ketika mengumumkan analisis keputusan UPSR 2011 di Kementerian Pelajaran hari ini, beliau berkata peratusan calon yang mendapat pencapaian baik iaitu minimum gred C bagi semua mata pelajaran yang diduduki meningkat daripada 54.38 peratus tahun lepas kepada 55.45 peratus tahun 2011.

Abd Ghafar berkata calon yang mendapat semua mata pelajaran di bawah tahap pencapaian minimum iaitu D, E atau kedua-duanya pula berkurangan iaitu daripada 3.39 peratus kepada 2.88 peratus tahun ini. – BERNAMA
Continue Reading ...

Malaysia juara kumpulan A tewaskan indonesia 1-0 (sukan sea 2011)

malaysia vs indonesia, malaysia u23 vs indonesia u23 , sukan sea 2011, perlawanan malaysia u23 vs indonesia 2011 sukan sea , keputusan perlawanan malaysia u23 vs indonesia u23 Satu kelegaan buat skuad Ong kim Swee berjaya menundukkan indonesia pada perlawanan terakhir di peringkat kumpulan A. Sekali gus menjadi juara kumpulan A.

Keputusan penuh:

MALAYSIA U23 [1] VS [0] INDONESIA

Jaringan:

  • Syahrul Azwari ( minit ke 17)

Stadium penuh penyokong indonesia.

Sumber diberitahu penyokong indonesia, membanjiri stadium bung karno seramai 80 ribu orang. Namun ,dalam keadaan sebegini tidak mematahkan semangat harimau muda mengatur serangan yang berbisa.

Syahrul Azwari mengecewakan penonton stadium Bung Karno.

Siapa yang tak kecewa, selaku tuan rumah dan penyokong yang datang kesana dari jauh. Melihat gol yang dihasilkan adalah sangat cantik dan dimanfaatkan sebaiknya dari Syahrul Awari yang mendapat bola hasil dari hantaran leret yang jauh (through pass) oleh Mahali Jasuli ke depan dan seterusnya membuat sepakan menewaskan penjaga gol indonesia. Keadaan menjadi gamat seketika pada ketika itu.

Kali ini beliau tenang setelah banyak kali percubaan beliau gagal. Untuk menghasilkan gol.

Highlights serangan malaysia separuh pertama:

Memang ada banyak peluang dari malaysia terlepas.

Pertahanan malaysia sekali sekala leka.

Kalau melihat pada keseluruhannya, memang ada beberapa siri kesipana dibahagian pertahanan. Namun, peluang itu tidak digunakan sebaiknya oleh Indonesia selaku tuan rumah yang mempunyai kelebihan tersendiri.

Pujian harus diberi buat, Muslim ahmad, mahali dan pertahanan yang lain. Bijak menjaga pertahanan sebaiknya. Khairul fahmi che mat juga cemerlang dalam menggagalkan beberapa peluang yang dicipta oleh pemain indonesia ini. Bonai diantara pemain indonesia yang sangat merbahaya. Banyak kali dia terlepas dari kawalan.

Bahagian serangan, harus mantapkan lagi.

Kalau ikutkan malaysia pun ada banyak jgua peluang dari izzaq faris, baddrol bakhtiar yang terkena tiang gol. Cuma, mungkin apa yang aku nak cakap ialah kualiti padang dah teruk aku tengok. Ada pemain, macam nak tergelincir masa lawan malam tadi.

Sebenarnya pemain indonesia itu semuanya bukan dari afrika. Setelah dijelaskan mereka adalah dari pulau timor kalau tak silap. Etnik yang dari puak asli Irian (papua). Jangan cakap meereka import pemain africa. Bukan yer

Tahniah dan kekalkan momentum.

Tahniah buat malaysia, dan akan bertemu dengan Myanmar pada 19 haribulan pukul 5 petang. Stadium, Bung Karno sekali lagi menjadi saksi. Dan perlawanan separuh akhir Indonesia bertemu Vietnam selaku Juara kumpulan B.

Yang pasti corak permainan harus ditukar dan mencari satu peluang-peluang keemasan. Ong Kim Swee pasti ada percaturan tersendiri dalam meneruskan perjuangan mara ke final nanti. Jangan terlalu yakin, tetapi harus berwaspada. Perjalanan baru sahaja bermula. Selaku juara sukan sea tahun 2009 bukan mudah untuk dikekalkan.

All the best!!

Cr to video : sokernet.com

Continue Reading ...

Cara Semak Keputusan UPSR 2011 Melalui SMS

Salam 1 Malaysia. Mulai jam 10 pagi esok, 17 Nov 2011, keputusan peperiksaan UPSR akan diumumkan dan semakan boleh dibuat dengan hanya melaui sistem pesanan ringkas atau SMS. Anda hanya perlu menaip UPSR[jarak]AngkaGiliran dan SMS ke 15888. Contoh seperti gambar diatas.

Caj SMS hanya 15sen hingga 20sen sahaja. Jadi apa tunggu lagi? Usah ternanti-nanti . Semak dengan mySMS, mudah, ringkas. Antara perkhidmatan yang juga akan disediakan menerusi mySMS adalah semakan keputusan SPM, STPM, MUET, JPN JAKIM, saman POLIS dan banyak lagi.

via : http://suffer.frenzyfm.my/2011/11/cara-semak-keputusan-upsr-2011-melalui.html
Continue Reading ...

30 Tanda Anda Jatuh Cinta



1. Sukar melelapkan mata
Biasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannya ingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.

2. Perasaan sentiasa berdebar
Perasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabut dan menggelabah apabila dia menghampiri anda.

3. Suka ambil tahu
Anda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekun mendengar cerita mengenai si dia dan
sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.

4. Resah gelisah
Hati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibat bayangnya.

5. Dihinggapi cemburu
Anda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawannya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketara kelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.

6. Hobi baru, termenung
Bila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera anda tertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah si dia dan anda berada di sampingnya.

7. Dating
Ada sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluar bersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadang anda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan. (cari nahas)

8. Rindu.
Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa dan melihat wajahnya.

9. Bergayut di telefon
Sekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masa tidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu beli kad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun anda baru lena tidur setelah mendengar suara si dia.

10. Berubah citarasa
Kehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, anda lebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan. Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.

11. Memberi hadiah
Anda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanya supaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiah sekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di hari lahirnya nanti.

12. Awal ke tempat kerja
Sejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat rozin

13. Lebih rajin
Prestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.

14. Menjaga penampilan
Penampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salon kecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadi lebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Dari rambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.

15. Defensif
Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akan mempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapan mereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.

16. Merajuk
Sedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegur sapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kali memujuk.

17. Mudah bersalah sangka
Anda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya si dia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dan tidak mempunyai perasaan.

18. Sentiasa kata 'Ya'
Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan 'Ya'. Anda sentiasa akur dan menurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.

19. Sanggup berkorban
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemandu peribadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiap permintaannya.

20. Jadi orang lain
Tiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman si dia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yang kasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.

21. Prihatin
Anda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si dia tidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dan keselamatannya.

22. Berkhayal
Potret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanya merenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.

23. Inginkan persamaan
Sejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan anda meminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkah lakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.

24. Sumber ilham
Kata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untuk melangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari. Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.

25. Pasang impian
Anda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke mana sahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuah rumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-cita sekeluarga.

26. Suka memuji
Dari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si dia dan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagi kalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.

27. Mulut manis
Anda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukung percakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan. Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.

28. Tanda ingatan
Anda memberikan sesuatu yang istimewa sebagai tanda ingatan. Jika buku diberikan, anda akan tulis sedikit kata-kata di dalamnya sebagai renungan atau kenangan. Di hari raya anda hulurkan kad raya atau kad ucap selamat di hari lahirnya. Sekalipun tidak berterus-terang, dari kata-kata yang tercoret di dalam buku dan kad dapat mencerminkan luahan isi hati anda terhadapnya.

29. Inginkan perhatian
Anda selalu mengharapkan si dia memberikan perhatian dan mahu meluangkan masa bersama anda. Walaupun anda tidak mahu menyusahkan si dia, namun sedikit perhatian yang diberikannya sudah cukup menggembirakan hati dan anda hargai.

30. Bertekad memilikinya
Secara drastik, anda berhasrat untuk memilikinya. Apapun keadaan dirinya, anda pasrah dan menerima. Anda ingin selalu di sampingnya, menjadi teman hidupnya sehidup semati.
Continue Reading ...

6 Orang Mendapat Doa Para Malaikat



1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘”
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia
* (Sahih Muslim no. 469)


3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.
Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)


4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)


5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu
*(Sahih Bukhari no. 782)


6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘”
*(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)
Continue Reading ...