Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Saida Sudi Terima Suami Beraya Dengan Anak


Saida pertama kali menyambut hari raya tanpa suami. - Foto SHAARI CHE MAT
PETALING JAYA: Penyanyi Saida yang tinggal berasingan dengan suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri tidak menolak sekiranya suami meminta untuk beraya dengan anak-anaknya pada Hari Raya Aidilfitri kali ini.
Mereka sedang melalui proses penceraian setelah Saida memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik pada 6 Oktober tahun lalu.
“Saya beraya dengan empat orang anak saya di rumah ibu saya di Kuala Lipis, Pahang pada Hari Raya ini. Tetapi saya masih membenarkan sekiranya suami mahu beraya dengan anak-anak,” katanya kepada mStar Online.
Seperti biasa, Saida berkata dia meraikan Hari Raya secara sederhana dan perasaan sedih pasti menyelubungi dirinya apabila pertama kali beraya sendirian tanpa suami.
“Sudah tentu saya rasa raya tahun ini memberikan kelainan apabila beraya secara berasingan dengan suami berbanding sebelum ini.
“Tetapi saya tidak akan menunjuk perasaan sedih itu kepada anak-anak dan cuba menggembirakan mereka,” katanya yang berpakat membelikan baju raya untuk anak-anak dengan suami.
Selain beraya dengan ibu dan adik-beradiknya yang lain, dia juga teruja menyambut Hari Raya dengan nenek sebelah ibunya yang sudah berusia hampir 90 tahun.
Saida, 35, dan Mohd Ghazali, 41, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, di Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 14, Anas, 12, Khalid, 8, dan Siti Nurul Mashitah, 5 tahun.

Leave a Reply