Follow Us on Facebook

- Kami memohon maaf atas kelewatan kemaskini atau update.
- Selamat Berpuasa.
- Have Fun! :DD

Klik sekali iklan di atas tanda anda memberi sokongan kepada kami :D

Kubu Gaddafi bakal diserang


RANGKA manusia diletak di sekatan jalan ke timur Sirte oleh pemberontak anti-Gaddafi.

Tinggal empat bandar yang terus setia kepada bekas pemimpin Libya

SIRTE: Tentera Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang diiktiraf sebagai pemerintah baru Libya, bersedia menyerang bandar Bani Walid selepas rundingan dengan penyokong Muammar Gaddafi supaya menyerah diri, menemui kegagalan.

Bekas pemberontak berkata, rundingan dengan penasihat bandar padang pasir itu tidak serius kerana penyokong pro-Gaddafi terus melakukan serangan serentak dengan rundingan itu.

Tentera NTC ketika ini bergerak ke Bani Walid daripada tiga arah. Perunding kanan NTC, Abdullah Kenchil, berkata penyokong Gaddafi mahu mereka masuk ke bandar itu tanpa senjata.

Selain menjadi kubu kuat Gaddafi, kawasan berkenaan juga menjadi tempat suku kaum terbesar dan paling kuat di Libya. Bani Walid, terletak 150 kilometer ke tenggara Tripoli, satu daripada empat bandar yang masih setia kepada Gaddafi.

Sambungan penuh disini

Leave a Reply