40 terkaya di Malaysia 2012


Berikut adalah senarai 20 daripada 40 orang paling kaya di Malaysia yang dikeluarkan Majalah “Malaysian Business”.

Robert Kuok Hock Nien – RM45.7b – KerryGroup/KuokGroupT

Ananda Krishnan – RM43b – Usaha Tegas

Tan Sri Teh Hong Piow – RM12.6b – Public Bank

Tan Sri Lee Shin Cheng – RM11.4b – IOI Group

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary – RM9.5 – Albukhary Foundation

Tan Sri Quek Leng Chan – RM8.0b – Hong LeongMalaysia

Tan Sri Lim Kok Thay – RM7.58b – Genting Group

Puan Sri Lee Kim Hua - RM6.59b – Genting Group

Tan Sri Tiong Hiew King – RM6.41b – Rimbunan Hijau

Ong Beng Seng – RM492b – Hotel Properties Ltd

Tan Sri Azman Hashim RM3.47b – Arab-Malaysian Corp

Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun – RM2.54b – Berjaya Group

Datuk Mokhzani Mahathir – RM194b – Kencana Petroleum

Datuk Lee Yeow Chor – RM1.78b – IOI Group

Tan Sri Tony Fernandes – RM1.77b – AirAsia

Lee Yeow Seng – RM1.75b – IOI Group

Tan Sri Lau Cho Kun – RM1.72b – Hap Seng Consolidated

Tan Sri Yeoh Tiong Lay – RM1.71b – YTL Group

Tan Sri Lee Oi Hian – RM1.59b – Batu Kawan

Datuk Lee Hau Hian – RM1.58b – Batu Kawan

Ulasan :
Cuma 5 orang daripada senarai di atas adalah orang Melayu bermakna tiada sekatan berdadarkan kaum untuk menjadi kaya di Malaysia.

Kekayaan orang Islam seperti Syed Mokhtar melimpah juga kepada orang Islam dengan amal jariah beliau membina masjid dan sebagainya.

Terdapat syarikat yang berjaya menghasilkan lebih daripada seorang billionaire ertinya soal kronisme adalah fitrah manusia.

Kejayaan Mohzani menunjukkan Tun bukan sahaja berjaya membangunkan negara bahkan mendidik anak menjadi manusia berguna.

Lebih ramai orang Islam yang bertaraf billionaire patut dilahirkan bagi mematuhi ayat "kuntum khairun ummatin ukhrijat linnas".

Untuk berjaya ummat Islam perlu lebih bekerja sama bukannya berpecah dan berhasad dengki melainkan dalam dua perkara.
[ Read More ]

Trailer Dan Sinopsis Drama Apa Celop

‘Apa Celop’ akan bersiaran di Slot Aksi, TV3 menggantikan ‘Nilapura’ bermula 20 Februari ini. Ia mengisahkan tentang dua pelumba haram, Aman dan Sawi yang bercadang untuk berlumba kali terakhir bagi memenangi duit supaya dapat mengadakan sebuah majlis perkahwinan secara besar-besaran bersama Julia dan Munirah. Kemenangan Aman yang mengalahkan Mako, Raja Rempit dan Ketua Gangster KL turut membawa pulang Marsha sebagai habuan.

Aman dan Sawi terpaksa berbohong kepada Julia dan Munirah bagi menyembunyikan Marsha. Keadaan menjadi tidak terkawal apabila Marsha telah hilang ingatan selepas kemalangan jalanraya yang turut melibatkan Aman. Mako juga berang dengan Aman kerana gagal menyerahkan kembali Marsha dan mengugut akan mengambil Julia sebagai pengganti.

Antara pelakon-pelakon yang membintangi drama untuk slot aksi Apa Celop ini adalah: Kamal Adli, Wan Sharmila, Taiyuddin Bakar, Amanda Misbun, Ika Nabila, Azad Jasmin dan Zed Zaidi.

[ Read More ]

Sinopsis Drama Atas Nama Cinta

Atas Nama Cinta masih lagi berpaksikan kisah cinta dan ceritanya bermula apabila Ahmad (Roy Azman) tiba-tiba pulang ke kampung halaman membawa anaknya, Saiful (Shah Iskandar) hingga menimbulkan tanda tanya kepada penduduk kampung kerana sebelum ini dia menetap di Kuala Lumpur.

Sebenarnya, Ahmad mempunyai alasan tersendiri iaitu ingin melarikan diri dari along yang memburunya selepas gagal membayar hutang dan satu-satunya tempat selamat untuk bersembunyi ialah kampungnya.

Di kampung berkenaan, Saiful bertemu sebelum berkenalan dengan Cinta (Fiza Halim) yang selalu menjadi mangsa buli. Sejak itu, Saiful sering menyelamatkan Cinta daripada orang-orang yang cuba membulinya.

Dari situlah mereka menjadi rapat dan cinta mula berputik. Bagaimanapun, bagaikan tidak serik, Ahmad bertindak di luar batasan apabila mencuri wang simpanan milik ibu Cinta iaitu Zahara.

Ahmad kemudian melarikan diri ke Kuala Lumpur dan menggunakan wang terbabit bukan untuk membayar hutang sebaliknya berjudi. Nasib tidak menyebelahinya, dia bukan saja kalah malah kini turut diburu Zahara yang bertindak menjejakinya.

Akibat insiden itu, pelbagai konflik tercetus antara Saiful dan Cinta. Apakah yang terjadi kepada bibit cinta yang baru mula berputik antara Saiful dan Cinta? Mampukah mereka mengecap cinta yang diimpikan selama ini?

Lakonan Shahrizal Jaszle, Fiza Halim, Tasha Shilla dan Shah Iskandar
[ Read More ]

Close [X]
Beriklan disini? email ke meanshiney@ymail.com
Jangan lupa klik iklan kat atas ni sekali :D